adidas-kasut-but
Keluaran terbaru dan terkini, but Predator kelaran adidas

KUALA LUMPUR (29 November 2017): Selepas 12 tahun, but ikonik adidas iaitu Predator, membuat penampilan semula melalui adidas Predator 18, dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis di Football Republic, KLCC hari ini. Ini permulaan kepada adidas Predator 18,  untuk sedia menguasai pemakaian but dalam sukan bola sepak.

predator-adidasadidas Malaysia football creators  Nurridzuan Abu Hassan ( kanan sekali), Afiq Fazail (dua dari kiri), Raf Yaakob (tiga dari kiri), Badhri Radzi (tengah) , Izham Tarmizi (tjga dari), Roen Cian (dua dari kanan) dan Khairul Helmi (kanan) bersama the adidas Predator 18 boots ketika pelancarannya di  Football Republic, Suria KLCC.

 

But Predator antara rangkaian sepatu bola sepak yang menghasilkan kejayaan besar buat adidas sejak diperkenalkan pada 1994 dan selama 21 tahun telah direka dengan 18 model berbeza. Maka tidak hairanlah, adidas Predator menjadi pilihan legenda bola sepak dunia seperti David Beckham, Zinedine Zidane, Steven Gerrard dan ramai lagi satu ketika dahulu.

Sempena pelancaran pek “Skystalker”, Predator 18 dilancarkan pemain tempatan iaitu Izham Tarmizi, Afiq Fazail, serta Badhri Radzi (Piya). Mereka tampil antara pemain bola sepak terawal diberi penghormatan berdampingan dengan adidas Predator 18,  yang bakal menguasai pemakaian but dalam sukan bola sepak.

Selain itu, pemain bola sepak tajaan adidas seperti Khairul Helmi, Nurridzuan Abu Hassan dan duta adidas seperti Roen Cian, Raf Yaakob serta pemenang peraduan Football Republic, turut berada di majlis. Mereka menyaksikan sendiri detik kembalinya Predator yang fokus pada visi dan juga ketepatan di atas padang.

Hadir termasuklah rakan media dipertontonkan dengan tayangan sejarah Predator, teknologi dan juga cciri khas model keluaran terbaru. Bagi menunjukkan kehebatan dalam kawalan, dipersembahkan freestyler bola sepak yang mempamerkan kawalan teknik serta kemahiran mengagumkan sambil mengenakan Predator 18.

adidas-predator
Pelancaran but Prdator 18, adidas

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Football Republic, Vach Pillutla berkata, “Satu penghormatan kepada kita menjadi hos untuk pelancaran semula satu jenama bola sepak yang popular dan ikonik sepanjang masa. Kembalinya adidas Predator satu peristiwa hebat dalam dunia bola sepak sama ada kepada pemain atau kepada peminat.”

Football Republic, pemasar rasmi untuk produk bola sepak premium adidas memenuhi keperluan peminat di semua peringkat.

Ketua Pemasaran adidas Malaysia, David Wong melahirkan penghormatan atas sejarah yang dicipta Predator dan kepada Football Republic kerana menyediakan kedai barangan sukan lengkap kepada semua peminat sukan.

timbang-bola-sepak-kasut-predator
Gambar: adidas football creators  termasuk Badhri Radzi, Izham Tarmizi dan Afiq Fazail menunjukkan teknik kawalan bola  di pelancaran  adidas Predator 18 di Football Republic, Suria KLCC.

Dia berkata: “Bagi kami, adidas Predator sebahagian besar daripada jenama dan bola sepak secara amnya kerana ianya muncul semasa generasi emas sukan pada tahun 90-an. Banyak legenda bola sepak memulakan serta menamatkan karier mereka dengan but Predator dan melalui pelancaran semula ini, kami tidak sabar untuk melihat generasi pemain bola sepak seterusnya memahat sejarah mereka sendiri. ”

“Hari ini, kami mempunyai outlet seperti Football Republic yang menawarkan produk berkualiti kepada peminat bola sepak dan saya yakin melalui kerjasama adidas dengan mereka, kami akan terus mempromosi sukan kepada kalangan generasi muda hari ini,” tambah David.

adidas-kasut-but
Pemain bolasepak, Mohd Badhri Radzi (kiri), Izham Tarmizi (tengah) danAfiq Fazail (kanan)  bergambar selepas acara menandatangani the Predator boots box  sempena pelancaran the adidas Predator 18 , di Football Republic, Suria KLCC . 

Predator 18+ didatangkan dengan warna hitam, merah dan emas termasuk Primeknit SOCKFIT COLLAR yang dikemaskini, direka bentuk secara semula jadi untuk menampung serta memastikan sokongan terhadap bentuk kaki.

Sistem PURECUT LACELESS pula memastikan kawalan permukaan maksimum sementara FORGED KNIT memberi sokongan kepada struktur pertengahan kaki dalam membuat kestabilan untuk menyokong pergerakan yang kompleks.

Kemunculan kali kedua Predator menyaksikan pemain seperti Paul Pogba, Dele Alli, Ivan Rakitic dan Mesut Ozil akan menggunakan but ini di atas padang. Ia boleh didapati di semua kedai-kedai adidas dan Football Republic di seluruh negara.

Sila layari adidas.com/football atau ikuti @adidasfootball dan #adidasMY di Instagram untuk sebarang maklumat berkaitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here