NESCAFÉ
Pilihan kopi NESCAFÉ siri Kopitiam.

PETALING JAYA JUN 2021 – Sebagai salah satu jenama kopi yang terkemuka di Malaysia, NESCAFÉ® mengembalikan nostalgia kopitiam lama dengan tawaran barunya, Edisi Kopitiam – selain memperkenalkan 2 variasi baharu – NESCAFÉ® Kopi-C, dan NESCAFÉ® Kopi Cham, serta penjenamaan semula minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ® Kopitiam dengan penampilan baharu.

Edisi NESCAFÉ® Kopitiam merangkumi NESCAFÉ® Tarik, NESCAFÉ® Tarik Kaw, NESCAFÉ® Kopi-O, NESCAFÉ® White Coffee, dan NESCAFÉ® Ice. Diinspirasikan daripada hiasan dalaman kopitiam Malaysia, reka bentuk tin baharu ini adalah simbol nostalgia bertemakan warisan.

Berita baik untuk penggemar kopi dalam tin di Malaysia. NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ® Kopitiam. Bersempena ini, dua variasi baharu diperkenalkan iaitu NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham. NESCAFÉ® Kopi Cham adalah kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ® Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman paling digemari di kopitiam tempatan.

Versi Baru Kopi C


Lebih menarik kali ini adalah rekaan baharu tinnya. Diinspirasikan daripada hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ® berusaha mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.

“Di NESCAFÉ® Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ® Kopi-C dan NESCAFÉ® Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini,” kata April Wong, Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Versi baru Kopi Cham

Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ® menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.

Dengan kopi Edisi NESCAFÉ® Kopitiam yang baharu, NESCAFÉ® telah mengembalikan momen kopitiam untuk penggemar kopi dengan selesa di rumah masing-masing. Maka Nikmatilah Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja dengan NESCAFÉ Kopitiam! #StayHomeStaySafe.

Edisi NESCAFÉ® Kopitiam telah bekerjasama dengan Bingka KL, untuk merchandise edisi khas yang boleh didapati melalui E-commerce dan roadshow kedai.

Lakaran khas oleh Bingka KL untuk Nescafe Kopitiam Series yang bertemakan warisan.

Penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFÉ® Kopitiamturut merangkumi NESCAFÉ® Tarik, NESCAFÉ® Tarik Kaw, NESCAFÉ® Kopi-O, NESCAFÉ® White Coffee danNESCAFÉ® Ice. Edisi NESCAFÉ® Kopitiam kini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan platform perniagaan onlineseperti Lazada dan Shopee.

#NescafeKopitiam

#NescafeKopitiamSeries

#NescafeKopitiamMoments

#MakeYourKopitiamMomentsWithNescafe

Maklumat lanjut mengenai sejarah bagaimana jenama ini telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

1.       Pautan Youtube: Iklan NESCAFÉ Kopitiam :
https://www.youtube.com/watch?v=cRfKbw6uvGs
https://www.youtube.com/watch?v=ktegUMGtuIQ

2.       Pautan Facebook: Iklan NESCAFÉ Kopitiam:
https://fb.watch/5P3M67XmhF/
https://fb.watch/5P3MzEMhTT/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here