meat kaserol
Kaserol Daging Berempah Plus Zukini dan Lobak Merah

Bahan untuk Kaserol Daging Berempah

zukini

50 ml Minyak Makan

1 biji lobak merah, dipotong dadu

1 biji zukini, dipotong dadu

1 batang daun saderi, dipotong dadu

60 ml pes tomato

2 sudu teh rempah kari daging

1 sudu besar cuka

1 sudu teh serbuk jintan putih

400 ml air rebusan daging

500 g daging dipotong dadu kecil

1 kiub stok daging

Bahan untuk dikisar

3 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

Bahan untuk dibancuh

1 1/2 sudu besar tepung jagung

1 1/2 sudu besar air

Bahan hiasan

Daun sup

Cili merah, dihiruis

LANGKAH MEMASAK hidangan Kaserol Daging Berempah Plus Zukini dan Lobak Merah

  1. Panaskan minyak, tumis bahan dikisar sehingga naik bau. Masukkan lobak merah, zukini dan saderi. Biarkan lima minit
  2. Masukkan pes tomato, rempah kari, cuka, jintan putih, air rebusan daging dan daging, kacau rata dan masukan kiub stok daging. Biarkan tiga minit.
  3. Tuang di dalam bekas kaserol dan bakar pada suhu 180 darjah C, selama sejam atau sehingga daging empuk.
  4. Masukkan adunan tepung jagung, hias dengan daun sup dan cili merah.
  5. Hidangkan Kaserol Daging Berempah Plus Zukini dan Lobak Merah bersama nasi atau roti.

Rujukan: Sajian Jelita

Info berkaitan:

Kaserol (Bahasa Inggeris: casserole) adalah bekas hidangan lengkuk dalam dan besar yang digunakan di dalam ketuhar dan sekali gus sebagai bekas sajian. Dengan erti kata, makanan itu dimasak dan dihidangkan di dalam bekas yang sama, alat memasak itu atau bekas itu sendiri dipanggil pinggan kaserol atau kuali kaserol.

Kaserol di Amerika Syarikat atau benua Eropah biasanya terdiri daripada kepingan daging (seperti ayam) atau ikan (seperti tuna), pelbagai sayur-sayuran dicincang, bahan pengikat berkanji seperti tepungnasikentang atau pasta, dan biasanya topping rangup atau berkeju.

Kaserol biasanya dimasak perlahan-lahan di dalam ketuhar, tanpa ditutup bekasnya. Ia boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan. Di United KingdomAustralia dan New Zealand, kaserol dinamakan sempena bekasnya, dan bukan kandungannya. Kaserol di negara berkenaan adalah hampir serupa dengan stew. Perbezaannya ialah apabila daging dan sayur-sayuran diperangkan di atas dapur,mereka kemudian dimasak di dalam cecair di dalam ketuhar, dalam piring tertutup, menghasilkan daging yang lembut dan enak selepas dimasak perlahan dalam jangka masa yang lama. Memandangkan habanya adalah tidak se

Kaserol (Bahasa Inggeris: casserole, Bahasa Perancispengecil casse, daripada cassa Provençal iaitu “kuali”[1]) adalah bekas hidangan yang lengkuk dalam dan besar yang digunakan kedua-dua di dalam ketuhar dan sebagai bekas sajian. Perkataan ini juga digunakan untuk makanan yang dimasak dan dihidangkan di dalam bekas tersebut,dengan alat memasak itu sendiri dipanggil pinggan kaserol atau kuali kaserol.

Kaserol di Amerika Syarikat atau benua Eropah biasanya terdiri daripada kepingan daging (seperti ayam) atau ikan (seperti tuna), pelbagai sayur-sayuran dicincang, bahan pengikat berkanji seperti tepungnasikentang atau pasta, dan biasanya topping rangup atau berkeju.[2] Cecair terbebas daripada daging dan sayur-sayuran semasa memasak, dan cecair tambahan dalam bentuk stokarakbir (sebagai contoh lapin à la Gueuze), ginsider, atau jus sayur-sayuran boleh ditambah apabila hidangan itu dicampurkan sekali.Kaserol biasanya dimasak perlahan-lahan di dalam ketuhar, sering tidak ditutup bekasnya. Ia boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan, dan boleh dihidangkan di dalam bekas ia dimasak. Di United KingdomAustralia dan New Zealand, kaserol dinamakan sempena bekasnya, dan bukan kandungannya. Kaserol di negara berkenaan adalah hampir serupa dengan stew. Perbezaannya ialah apabila daging dan sayur-sayuran diperangkan di atas dapur,mereka kemudian dimasak di dalam cecair di dalam ketuhar, dalam piring tertutup, menghasilkan daging yang lembut dan enak selepas dimasak perlahan dalam jangka masa yang lama. Kelebihannya, memandangkan habanya adalah tidak terdedah langsung, peluang untuk ia terbakar adalah kurang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here