MELEGAKAN SAKIT KEPALA
Petua mudah melegakan sakit kepala kerana angin? Sakit kepala ada bermacam jenis sakit, misalnya sakit berdenyut-denyut, sakit sikit-sikit atau sakit apabila di tekan di tempat tertentu.
Ada juga mengaitkannya dengan migran. Sakit kepala tak sama dengan pening. Pening bukannya sakit tetapi rasa berpinau, atau pemandangan sekitar berputar. Ada pula yang menyatakan sakit jenis ini adalah vertigo. Ia bukan satu kesakitan tetapi rasa ketidakselesaan apabila ia mengganggu pergerakan seseorang, tubuh menjadi tidak stabil apabila kita rasa pening. Cara terbaik adalah rehat dan pejamkan mata. Terkadang bila pejam mata, pun terasa berputar, pelik sungguhkan?
Yang ingin dicerita di sini bukannya pening atau vertigo tetapi, sakit kepala – sakit yang membuat seluruh tempurung kepala terasa macam mengembang. Sudah dua tiga hari menahan sakit, berpunca daripada sakit gigi, kemudian sakit melarat kepada seluruh gigi dan gusi, kuatnya penangan sakit gigi itu.
Apabila sakit gigi yang berlubang lega, aik sakit pula di sekitar keseluruhan gusi, hendak memamah makanan pun terasa sakit semua bahagian. Sakit itulah yang membawa sampai ke kepala terutama di bahagian kiri dan kanan kepala, termasuk bahagian atas telinga atau hujung kiri dan kanan mata. Aiyoo sangatlah menyiksakan.
Bangun pagi tadi, sebab tak ingin hendak makan ubat panadol atau apa jua jenis drug untuk menghilangkan rasa sakit, saja la cuba picit picit di bahagian gusi yang sakit. Aik terasa ada bahagian yang sakit, tak ketahuan punca. Bengkak kah gusi ni, ya terasa macam bengkak. Mungkin juga saraf daripada satu dua gigi yang sakit ,menjalar ke seluruh gigi dan gusi. Teruknya penangan sakit gigi.
Ketika memicit gusi gigi dan terasa sakit, serentak itu juga keluar angin sendawa. Terus picit perlahan-lahan ke serata tempat, sendawa lagi, makin kuat. Mungkinkah masuk angin? Gusi pun masuk angin ke? Suka hati je. Yang pasti, bila picit sendawa, picit saja sendawa. Jadi bolehlah dibuat kesimpulan, sakit itu kerana angin.
Memang, angin ni benda pelik, benda yang kita tidak nampak. Tetapi sakit. Kemudian terus lagi picit naik ke atas, ke seluruhan kawasan muka termasuk dahi, tengah hidung, hujung kiri kanan mata seterusnya sampailah ke atas kepala dan belakang serta tengkuk. Memang sendawa berterusan, ternyata ada angin juga.
Wah banyaknya angin.. terfikir juga nak pergi berurut di bahagian kepala.. tetapi serentak itu teringat pula, kalau diberi orang urut dan menyentuh bahagian kepala termasuk leher, bimbang tertekan kuat, kut ada terputus urat saraf nanti. Itu yang saya selalu bimbangkan, daripada nak melegakan timbul pula penyakit lain.
Jadinya, teruskanlah memicit sendiri kepala dengan hujung tangan. Udah puas sendawa, sampaikan ada ketika macam nak termutah… muntahkanlah tapi, hanyalah muntah angin.
Tidak disangka selepas tu, rasa sakit kepala beransur hilang. Kalau dari semalam tidak dapat nak merangkai kata menulis di papan kekunci kerana sakitnya kepala, kini dah boleh berfikir untuk menulis dan mengarang, pengalaman terkini.
Kebetulan atau memang kerana sebab dipicit sendiri, sakit kepala terus berkurangan.
Selepas ini, kalau sakit kepala lagi, cuba segerakan picit sendiri, sebelumnya banyak angin naik berkumpul di kepala sehingga terasa dalam urat saraf serta gusi dan lain-lain bahagian.
Ini tentunya bukan informasi dari sudut perubatan dan sains, sekadar secebis pengalaman seharian.
[…] Petua sakit kepala http://www.variaseri.com/2020/03/30/petua-mudah-legakan-sakit-kepala-kerana-angin/ […]