KESIHATAN GUSI BE #GUMPROUD DENGAN SYSTEMA, JENAMA TERKEMUKA DARI JEPUN!

Setiap individu mahu kelihatan sihat dan ceria sentiasa. Keceriaan terpancar dari wajah dan senyuman seseorang, sedikit kesakitan boleh menjejaskan mood seharian. Bukan hanya penyakit kronik, hatta sakit gusi sahaja pun sudah mengganggu keselesaan, membuat wajah berkerut menahan kesakitan. Jika begitu keadaannya, bagaimana seseorang itu boleh mengekalkan senyuman sentiasa? Justeru, kesihatan gusi juga penting dijaga sama juga dengan kepentingan bahagian tubuh lain. 

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan kesihatan gusi, Systema, salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun, melancarkan kempen Be #GumProud pada 12 Mei 2023, bersempena dengan Hari Kesihatan Gusi bertujuan untuk mempromosikan kesedaran kesihatan gusi di peringkat antarabangsa. Bekerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kempen ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia memahami tentang kepentingan kesihatan gusi dan keperluan penjagaan gusi. 

Dr Noormi Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia

Bercakap di sesi pelancaran kempen tersebut, Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa tahap penyakit gusi di Malaysia amat membimbangkan. “Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Sekolah di Malaysia (NOHSS, 2015), 99.6% kanak-kanak berumur 12 tahun mengalami masalah gusi berdarah, yang merupakan tanda awal penyakit gusi. Dianggarkan pada 2019 bahawa 9.2% orang dewasa berumur 15 tahun ke atas mengalami penyakit periodontik yang teruk menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2022),” katanya.

Menurut kajian yang dijalankan ke atas orang dewasa Malaysia oleh Lion Corporation Japan, pemilik jenama Systema, mendapati bahawa 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda atau simptom penyakit gusi ketara, tetapi hanya 1% yang sedar bahawa mereka menghidapinya. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan kesihatan gusi mereka. 

“Penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik, ditambah faktor lain seperti penggunaan tembakau adalah antara faktor tingkah laku utama yang boleh merisikokan kesihatan mulut seseorang. Terdapat keperluan untuk mengajar dan membimbing warga Malaysia untuk melakukan penjagaan kesihatan mulut sendiri sebelum atau selepas memberus gigi, termasuklah memeriksa keadaan seperti gusi berdarah, sisa makanan atau bengkak yang membantu pengesanan awal keadaan mulut.

Walaupun kementerian telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencegah dan mengawal penyakit gusi melalui pendidikan dan kempen kesedaran awam serta menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian yang berpatutan dan senang diperolehi, kita masih perlu terus mendekati rakyat Malaysia supaya mereka sentiasa mengambil berat tentang kesihatan gusi dan gigi mereka,” kata Dr. Noormi. 

Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion

Berkongsi pandangan yang sama, Encik Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion, turut menyatakan kebimbangannya akan tahap kesedaran warga Malaysia yang rendah tentang keadaan gusi mereka. “Walaupun gigi putih dan nafas segar sering dikaitkan dengan kesihatan mulut, sebahagian besar rakyat Malaysia mungkin tidak sedar bahawa mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan juga bergantung kepada gusi yang sihat yang berwarna merah jambu.

“Systema sebagai salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka dari Lion Corporation Japan, dengan lebih daripada 130 tahun kepakaran dalam penjagaan periodontium, melihat peranannya untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan gusi secara menyeluruh. Gigi kuat bermula dengan gusi sihat. Kempen Be #GumProud menggalakkan warga Malaysia untuk melindungi serta mengekalkan kekuatan dan kesihatan gusi mereka agar mereka dapat memperagakan gusi meraka dengan bangganya. Kami juga berbesar hati kerana telah mendapat sokongan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen nasional ini,” katanya.

Kempen Be #GumProud bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam menilai kesihatan gusi mereka dan memperoleh pemahaman lebih baik tentang pengaruhnya terhadap kesihatan serta ketahanan pergigian. Dari Mei sehingga penghujung bulan Jun 2023, orang ramai boleh melayari laman sesawang Systema untuk melakukan penilaian kesihatan gusi sendiri secara dalam talian. Systema juga akan mengadakan beberapa roadshow untuk mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan mulut yang baik dan peranan kesihatan gusi dalam mengekalkan gigi serta kesihatan keseluruhan mereka untuk kualiti hidup yang lebih baik. Pengguna digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini untuk menilai kesihatan gusi mereka dan mengambil langkah diperlukan untuk merawatnya serta menebus kit permulaan percuma daripada Systema! 

Di samping menilai kesihatan gusi seseorang, Encik Mabuchi turut menekankan aspek kepentingan menggunakan produk penjagaan mulut yang bersesuaian untuk meningkatkan kesihatan gusi. “Di Southern Lion, kami komited untuk membantu individu mendapatkan kesihatan gusi dan mulut yang baik melalui penggunaan ubat gigi dan berus gigi yang betul. Menggunakan kekuatan dan teknologi Systema dalam pencegahan penyakit periodontium dari Jepun, kami telah membangunkan pelbagai variasi berus gigi dan ubat gigi yang direka untuk melindungi gusi dan membantu mencegah masalah gusi di samping mengekalkan gigi yang sihat’, jelasnya lagi.

Kenichi Shirota, Pengurus Kanan Bersekutu dari Lion Corporation Jepun (Bahagian Antarabangsa)

Menghuraikan inovasi produk Systema, Encik Kenichi Shirota, Pengurus Kanan Bersekutu dari Lion Corporation Jepun (Bahagian Antarabangsa) berkata: “Formulasi ubat gigi Systema Advance menggabungkan tiga bahan utama yang memecahkan biofilem plak dan membasmi bakteria penyebab masalah gusi yang tersembunyi di dalam poket gusi. Ia juga terbukti secara klinikal 4 kali lebih berkesan dalam mencegah masalah gusi! Rangkaian berus gigi Systema menggunakan bulu berus tirus 0.02mm untuk membuang plak secara fizikal dari celah gigi dan sepanjang garis gusi serta dalam poket gusi sambil kekal lembut pada gusi. Ini dapat membantu memberikan 40% pembersihan yang lebih baik antara gigi dan garis gusi namun 3 kali lebih lembut pada gusi berbanding berus gigi biasa”, katanya. 

Chang Yong

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen itu ialah Dr. Mohd Faizal Hafez Hidayat, Naib Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP), berkongsi mengenai peranan gusi kita: “Gusi kita berfungsi untuk melindungi gigi dan mencegah penyakit dalam mulut kita. Tanpa penjagaan gusi yang betul, bakteria tidak baik memasuki persekitaran gigi kita, menyebabkan jangkitan dan keradangan. Jika tidak ditangani pada peringkat awal, ia boleh membawa kepada kemusnahan tisu gusi atau periodontitis, lebih dikenali sebagai penyakit gusi. Penyakit gusi bermula dengan plak, filem yang dipenuhi bakteria melekit, yang terkumpul di bawah dan di sepanjang garis gusi. Selain itu, penyakit gusi juga boleh meningkatkan risiko osteoporosis1, penyakit jantung2, strok3, dan diabetes4.” jelas Dr. Faizal.

Awal Ashaari

Pakar dalam kesihatan mulut mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengelakkan penyakit gusi adalah dengan memastikan keadaan gusi dan gigi anda sihat sejak usia muda. Ini amat membantu untuk mencari dan mengesan gingivitis awal dan mengambil langkah pencegahan. Dengan adanya penjagaan yang betul, ia boleh menjadi barisan pertahanan pertama untuk memastikan seluruh badan kita sihat.

Mulakan perjalanan Be #GumProud anda dengan membuat penilaian gusi anda sendiri secara atas talian dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Systema untuk melindungi gusi anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Be #GumProud Systema, sila lawati laman sesawang di https://gumhealthcheck.com

Mengenai Systema Malaysia

Systema adalah jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun yang dimiliki oleh Lion Corporation Japan dan dipasarkan oleh rakan gabungannya, Southern Lion. Rangkaian ubat gigi dan berus gigi Systema memberikan penyelesaian optimal untuk membantu meningkatkan kesihatan mulut dengan perlindungan terhadap masalah gusi. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://systema.my/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here