ming kiam
Makanan selera kampung

Suasana kampung yang diwujudkan oleh tim hotel dengan beberapa masakan mewah tradisional seperti menu masakan di rumah, bakal mewujudkan nostalgia ke halaman desa di Bufet Ramadan Glemarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam.

Kambing Panggang

Selepas dua Ramadan kita tidak dapat menikmati keseronokan makan berbuka di luar berikutan langkah pencegahan Covid-19, yang ketat sejak dua tahun lalu, kali ini masing-masing teruja apabila sudah dibenar makan di restoran dan hotel dalam acara bufet Ramadan.

Bukan sahaja untuk makan sendiri mahupun bersama ahli keluarga, pada bulan penuh berkat ini rakyat Malaysia cenderung menempah makanan bufet Ramadan untuk rakan dan juga pelanggan perniagaan masing-masing, tanpa mengira kaum. Pelbagai restoran serta hotel menawarkan pelbagai pilihan menu berbuka sempena Ramadan.

Ayam Percik

Tahun ini, Glemmarie Hotel & Golf Resort menawarkan masakan tradisional Malaysia dari 3 April hingga 2 Mei 2022, dengan tema bufet “Selera Kampung” di Kites Restaurant bersebelahan kolam renang hotel. Aneka resipi disediakan sepanjang bulan yang mulia ini untuk nikmati bersama famili dan rakan-rakan dari jam 7pm-10pm.

Menu utama adalah 13 masakan istimewa autentik, asli Malaysia dari setiap negeri meliputi daging salai masak lemak cili padi, asam pedas ikan pari Melaka, ikan patin masak tempoyak Pahang. Tidak ketinggalan kari kepala ikan Pulau Pinang, rendang ayam Minang, ayam percik, singgang daging Kelantan dan dalca daging tetel.

Daging Tetel

Pelbagai menu berkenaan dihidangkan oleh Glenmari Hotel & Golf Resort secara bergilir-gilir dengan lebih 88 jenis masakan, yang disediakan di stesen memasak secara langsung.

Baucer bufet “Selera Kampung” berharga RM108++ bagi setiap dewasa. Yang membeli baucar Early Bird sebelum 27 Mac 2022 baru-baru ini, ditawarkan harga RM85 ++. Baucar bufet untuk kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun ialah RM58++ dan kanak-kanak di bawah empat tahun, percuma.

Makanan Laut

Tidak perlu risau mengenai mahal murah tempat parking kerana ia diberi percuma kepada pelanggan yang bernasib baik. Surau untuk tetamu muslim yang ingin menunaikan solat fardu turut disediakan.

Kuih Asli Melayu dan Kek

Dengan tema Selera Kampung, penyediaan makanan mengingatkan kepada masakan di rumah. Menu signature adalah 13 hidangan istimewa asli Malaysia

Tempahan baucer, hubungi +60123999092/+60378025200 atau e-mel info@glenmarie.com.my

Sate
Aneka kek dan pastri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here