
Kinohimitsu Malaysia sekali lagi meraikan Kempen Hari Kolagen
tahunannya yang kini telah memasuki tahun keenam. Sambutan tahun ini diadakan di Shook! The
Starhill Dining, Kuala Lumpur dalam suasana mewah dan glamour. Duta Kinohimitsu iaitu Farisha Iris
dan selebriti Hong Kong Priscilla Wong turut menyertai dan memeriahkan acara tersebut.
Bertemakan “Love Yourself” atau “Sayangi diri anda”, Hari Kolagen Kinohimitsu dianjurkan oleh
Kinohimitsu bagi menggalakkan orang ramai supaya kelihataan cantik, berseri dan yakin. Kempen ini
juga menggalakkan para wanita dan lelaki untuk menyanyangi keperibadian diri dan mencari
kecantikan dalam diri mereka. Tema Kempen Hari Kolagen Kinohimitsu pada tahun ini membawakan
elemen fesyen. Kecantikan diri bermula dari dalaman ke luaran melalui fesyen dan gaya. Oleh itu,
acara ini juga disertai oleh rumah fesyen, Toi-The Dressmaker dan jenama barangan kemas, Amee
Philips. Kempen Hari Kolagen Kinohimitsu berlangsung dari 28 Mac sehingga 30 April 2022.
“Apabila sempadan negara dibuka semula, kehidupan kita akan kembali seperti sediakala. Kita perlu
menampilkan diri dengan baik. Kita perlu menjaga kulit dengan baik dan berpakaian kemas untuk
bersosial. Keyakinan diri dan keceriaan akan terbentuk apabila penampilan diri kita baik. Kami juga
amat berbangga dengan pencapaian Anugerah Kualiti Emas yang telah dianugerahkan oleh Monde
Selection untuk tahun 2020 dan 2021. Ini adalah anugerah antarabangsa yang menjamin kualiti
produk.” kata Jennifer Chin, Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech Malaysia.
Pelakon dan hos televisyen Hong Kong, Priscilla Wong iaitu pengguna Kinohimitsu Collagen Diamond
berasa kagum apabila melihat perubahan positif pada kulitnya dalam jangka singkat dan dengan
Kinohimitsu Collagen Diamond dia percaya bahawa penggunaannya akan berterusan kerana ia
adalah produk pemenang anugerah.
Farisha Iris iaitu Duta Kinohimitsu sejak tahun 2021 telah tampil di iklan-iklan seperti radio dan TV
Kinohimitsu juga menjadi penyokong kuat siri Kinohimitsu Activ seperti Kinohimitsu Collagen Activ,
Beauty Activ, White Activ, Snow Activ dan Hawa Activ.
Acara Hari Kolagen bermula dengan ucapan dari Ketua Pegawai Operasi, Cik Jennifer Chin,
diteruskan dengan sesi perkongsian oleh artis Hong Kong Ms Priscilla Wong, Duta Kinohimitsu, Cik
Farisha Iris, dan Ketua Pegawai Esekutif, Datin Lorela Chia. Cik Priscilla Wong iaitu pengguna
Kinohimitsu Collagen Diamond berasa kagum apabila melihat perubahan positif pada kulitnya dalam
jangka singkat

Sebagai mengiktiraf kepentingan kolagen semasa kempen selama sebulan ini, beberapa produk
utama kolagen mendapat diskaun istimewa sehingga 40% dari 28 Mac hingga 30 April 2022. Edisi
Hari Kolagen Khas Kinohimitsu Collagen Diamond 16’s + Collagen Green Caviar 2’s dan Kinohimitsu
Collagen Men 16’s dijual pada harga RM119 sahaja. Barangan berharga istimewa lain termasuk
Kinohimitsu Stem Gold+ 180g, Kinohimitsu Marine Gem 180g dan Kinohimitsu Snow Lotus 10’s
semuanya dijual pada harga RM99.90, manakala Kinohimitsu Resvera dijual pada harga RM89 dan
rangkaian Kinohimitsu Activ dijual pada harga RM35.90.
Tawaran istimewa Hari Kolagen Kinohimitsu boleh didapati di farmasi terkemuka seperti Watsons,
Guardian, Caring, Aeon Wellness dan Sasa. Pembelian dalam talian juga boleh menikmati tawaran ini
seperti di dalam talian Kinohimitsu, my.kinohimitsu.com atau Lazada dan Shopee.
