SUNWAY EMALL HIDUPKAN 7 PUSAT BELI-BELAH SUNWAY DENGAN SEBUAH PLATFORM UNTUK SELURUH MALAYSIA
- Membeli-belah di hujung jari – Kini pelanggan boleh membeli dari tujuh pusat beli-belah Sunway menerusi satu platform dengan kemudahan pesanan tergabung, dapat diakses dari seluruh negara
- Tawaran pelancaran meliputi hadiah misteri, diskaun eksklusif dan penghantaran percuma bernilai RM50,000 sepanjang tempoh pelancaran
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2021 – Di bulan Oktober ini, Sunway Malls bakal merealisasikan impian para pembeli-belah dengan pelancaran Sunway eMall, ia membawakan jenama-jenama yang dipercayai pengguna dari ketujuh-tujuh Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) ke dalam talian.
Disediakan untuk seluruh negara dengan penghantaran PERCUMA, Sunway eMall kini mempersembahkan tujuh pusat beli-belah Sunway di dalam talian menerusi sebuah platform bagi membolehkan pengguna membeli-belah pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini di hujung jari, pengguna dapat membeli-belah 24 jam, 7 hari seminggu dengan sepuas-puas hati dari kediaman masing-masing dengan lebih selesa dan selamat.
Bagi mereka yang ingin membeli-belah jenama-jenama kesukaan mereka, seperti membeli-belah di Sunway Malls, kini mereka boleh berbuat demikian dalam talian dengan kemudahan pesanan bergabung, maka pengguna boleh mendapatkan barangan yang mereka inginkan melalui SATU penghantaran sahaja!
Demi pengalaman dari dalam talian ke luar talian yang lebih sempurna, barangan yang dipesan juga boleh diambil sendiri oleh pengguna dari mana-mana pusat beli-belah Sunway yang dipilih. Ahli Sunway Pals dapat mengumpul mata ganjaran dan menebusnya melalui pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian, samada di pusat membeli-belah Sunway atau atas talian di Sunway eMall.
Lebih daripada 200 kedai dalam pelbagai kategori seperti fesyen, kediaman, kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan, makanan dan minuman, serta banyak lagi menawarkan khidmatnya. Antara jenama yang mengambil bahagian meliputi Huawei, L’Occitane, Aldo, Christy Ng, Hooga, Hazukido, Getha dan banyak lagi yang akan menyusul.
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks menyatakan bahawa usaha ini tercetus atas dasar keinginan untuk membantu para peruncit dan pembeli-belah sementara negara kita terus berusaha untuk melandaikan keluk wabak semasa.
“Sejak tahun yang lalu, terdapat banyak perubahan perniagaan telah kita saksikan dan Sunway Malls juga ingin bergerak seiring arus perubahan ini untuk membekalkan pengalaman lebih inovatif buat pembeli. Sunway eMall adalah jawapan kami bagi memenuhi perubahan sikap pengguna yang mungkin lebih cenderung membeli-belah dengan selesa secara digital dari rumah masing-masing, tanpa halangan batasan jarak fizikal. Mereka kini boleh melakukannya di hujung jari menggunakan telefon bimbit pada bila-bila masa dan di mana jua. Diharap langkah ini dapat menggembirakan pelanggan kami serta menawarkan mereka pengalaman lebih sempurna daripada kesemua pusat beli-belah kami, biarpun secara virtual,” ujar beliau.
Untuk kemudahan tambahan, pengguna kini boleh membeli e-baucar daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian di Sunway eMall untuk ditebus secara fizikal di pusat beli-belah Sunway atau dihadiahkan kepada insan tersayang. Bukan itu sahaja, Sunny, iaitu pembantu virtual Sunway eMall yang mesra juga sedia untuk membantu para pengguna pada bila-bila masa! Pembeli boleh berkomunikasi dengan Sunny melalui fungsi chatbot jika mereka memerlukan sebarang bantuan.
Pelancaran rasmi Sunway eMall menandakan permulaan anjakan transformasi oleh Sunway Malls untuk memupuk inovasi berterusan melalui penyatuan pengalaman membeli-belah dalam talian dan luar talian berdasarkan landskap pusat beli-belah masa kini yang kian berubah.
Tawaran menarik buat semua
Menjelang pelancaran rasmi laman sesawangnya pada tanggal 27 Oktober lalu, Sunway eMall mengadakan peraduan ‘Guess & Win’ dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk menyingkap tawaran-tawaran menarik yang dapat dinikmati oleh pengguna sempena membuka tirai operasinya. Sebanyak 10,000 pembeli-belah pertama yang menyertai peraduan dihadiahkan baucar RM10 secara automatik untuk digunakan di laman sesawang berkenaan.
Promosi pelancaran lain meliputi penghantaran PERCUMA serta diskaun eksklusif sehingga 70% sepanjang tempoh pelancaran tersebut. Ahli Sunway Pals yang membeli-belah di kedai peniaga Sunway Pals akan mendapat 5X mata Sunway Pals bagi pembelian mereka, dan mereka yang membelanjakan minimum RM100 di Sunway eMall dalam satu e-resit boleh menebus Sunway Lagoon Soy Sauce yang eksklusif di kaunter rencam pusat beli-belah Sunway berserta dengan Kod Promo RM5.
Banyak kelebihan lain menanti pembeli-belah yang mendaftarkan diri sebagai ahli Sunway eMall, yang melibatkan lebih banyak penebusan mata Sunway Pals, termasuk akses eVoucher yang mudah di ruang profil keahlian mereka, serta penjejakan pesanan. Para ahli juga akan menjadi golongan yang pertama untuk dibekalkan dengan maklumat mengenai promosi baharu melalui saluran e-mel.
Sebuah video mengisarkan Sunway eMall dimuat naik di laman sesawang dan platform media sosial Sunway eMall seusai pelancaran secara rasmi.
Maklumat lanjut mengenai Sunway eMall atau sebagai persediaan untuk sesi membeli-belah digital, layari www.sunwayemall.com.
-TAMAT-
Sunway Malls berwawasan menjadi pemilik-operator pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia dengan projek-projek semasa yang meliputi NLA berjumlah 7.7 juta kaki persegi, serta projek-projek yang bakal datang berjumlah NLA 10.2 juta kaki persegi.
Pusat-pusat beli-belah tersebut ialah:-
Sunway Pyramid, Sunway City, Kuala Lumpur
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor
Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
Sunway Citrine, Sunway City Iskandar Puteri, Johor
Sunway Giza Mall, Kota Damansara.