
MYCadburyFlavours bantu tonjolkan perniagaan gerai tanah air di media sosial melalui Kempen Citarasa Tempatan dalam usaha menyokong kumpulan peniaga kuih yang terkesan dengan pandemik.

KUALA LUMPUR, Oktober 2021 – Jenama coklat kegemaran rakyat Malaysia, Cadbury Dairy Milk telah mendorong rakyat Malaysia untuk menyokong komuniti setempat menerusi inisiatif bertemakan #MYCadburyFlavours pada bulan September
lepas. Kempen itu menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong peniaga kuih kegemaran mereka dalam situasi yang mencabar ini dan menyerlahkan lebih 600 penyertaan di seluruh negara.
Kempen #MYCadburyFlavours telah diinspirasikan bagi mengetengahkan keistimewaan rasa tempatan dan Cadbury Dairy Milk telah mengenal pasti peniaga-peniaga kuih sebagai komuniti yang memerlukan bantuan dalam pandemik ini. Memandangkan kebanyakan gerai kuih-muih biasanya diusahakan oleh golongan berusia yang kurang mahir dengan teknologi perniagaan dalam talian, hasil jualan mereka telah merosot semasa tempoh perintah kawalan pergerakan. Menyedari hakikat ini, Cadbury Malaysia berazam untuk membantu golongan tersebut dengan mengetengahkan perniagaan mereka menerusi inisiatif MYCadburyFlavours. Hasil daripada cadangan yang diterima dari komuniti dalam talian menggunakan tanda pagar MYCadburyFlavours, Cadbury Malaysia melaksanakan usaha untuk mempromosikan perniagaan para peniaga kecil menerusi iklan berbayar di laman media sosial.
Di samping itu, peniaga kuih tempatan adalah sumber inspirasi di sebalik perasa baru Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut yang dilancarkan baru-baru ini. Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut menyerlahkan aroma pandan dan kelapa yang merupakan ramuan utama pelbagai kuih-muih tempatan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Ianya merupakan varian edisi terhad tempatan yang ketiga oleh Cadbury Malaysia, susulan sambutan hangat ke atas Cadbury Dairy Milk Kopi-C dan Cadbury Dairy Milk Durian pada tahun lalu. Hasil sokongan dan penyertaan rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen MYCadburyFlavours telah berjaya mencapai kira-kira 16 juta rakyat melalui Facebook dan Instagram, dan 14 juta melalui YouTube, dengan lebih 205 juta impresi merangkumi ketiga-tiga platform tersebut dan manampilkan 58 gerai.

“Menerusi perbualan kami dengan peniaga-peniaga kuih tempatan, kami mendapati bahawa kebanyakan peniaga gerai tradisional memerlukan sokongan untuk menyerlahkan perniagaan mereka di dalam talian. Sebagai jenama yang harus mengadaptasikan kewujudan di era digital, kami memahami situasi mereka dan terpanggil untuk memainkan peranan dalam membantu mempromosikan perniagaan kuih tempatan, dan menyerlahkan usaha mereka dalam meneruskan warisan makanan tempatan.
Kami terharu dengan kemurahan hati rakyat Malaysia yang tampil menyokong para peniaga kecil, dan kami amat berbesar hati kerana dapat menyumbang ke arah mewujudkan impak yang bermakna,” kata Ketua Pemasaran Mondelez International Malaysia dan Singapura, Arpan Suri. Cadbury Dairy Milk dibina berlandaskan falsafah kemurahan hati, yang merupakan nilai murni yang turut sama dikongsi oleh ramai rakyat Malaysia, khususnya dalam situasi mencabar. Cadbury Dairy Milk berharap kempen seperti ini akan terus menyemarakkan lagi kemurahan hati rakyat Malaysia serta sokongan terhadap komuniti tempatan.
Ketahui lebih lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut dan MYCadburyFlavours dengan melayari laman sesawang rasmi www.cadbury.com atau berhubung melalui laman Facebook (www.facebook.com/CadburyMalaysia)
dan Instagram (www.instagram.com/Cadbury_MY) Cadbury Malaysia.