Kembar-Tertukar
Apa perasaan insan yang hidup sebagai adik beradik kembar selama 20 tahun, tiba-tiba mengetahui mereka bukan seibu. Kembar tertukar

Apabila sesuatu perkara tercetus yang tidak pernah disangka-sangka, akan menyebabkan beberapa pihak terkesan. Bayangkan dalam aman damai selama berpuluh tahun rahsia terpendam dengan sendirinya tiba-tiba terbuka. Asbab adanya sesuatu yang menyebabkan pihak terbabit ingin mendapatkan kepastian mengenai perkara yang telah menimbulkan persoalan atau kecurigaan. Kembar Tertukar Hidup Sebagai Adik-beradik 20 Tahun, Baru Tahu Bukan Seibu

Pabila jawapan telah diketahui secara pasti dan senarionya bukan sesuatu yang diinginkan pihak terbabit dalam kes itu, tentulah mengejutkan semua! Bagaikan badai datang melanda dan situasi baru yang bakal bertukar perlu jua dihadapi. Ini tentulah sesuatu yang sukar. Mengharap semuanya tidak namun ternyata ia bukan mimpi! 

Ini kisah mengenai sepasang anak kembar tertukar, selepas mencapai usia 20 tahun baru mereka mengetahui fakta sebenar mengenai diri masing-masing seperti dalam laporan berita yang viralnya kini sudah kian reda. 

Sepasang anak kembar yang dilahirkan, telah terpisah sejak hari mereka dibawa keluar daripada hospital 20 tahun lalu, kerana si ibu membawa pulang anak orang lain (seorang daripadanya). Seorang memang anaknya tetapi seorang lagi anak yang dibawa pulang itu anak orang lain, tanpa diketahuinya. Ini kerana kedua-dua bayi itu mempunyai tanda namanya sendiri, sebagai ibu. Bermakna telah disahkan oleh pihak hospital, yang kedua itu adalah anaknya. Justeru tidak pernah si ibu berkenaan terfikir bahawa itu adalah anak orang lain. 

Manakala `ibu bapa’ kepadanya anak kandungnya yang telah tertukar itu tidak juga pernah terfikir mereka membawa pulang anak orang lain, kerana anak itu ditandakan dengan nama ibu terbabit.

Dalam kes ini empat pihak paling terkait dan terkesan secara langsung atau tidak langsung, iaitu dua anak yang tertukar itu (2 orang) ibu bapa kepada anak yang tertukar (4 orang – ibu dan bapa kepada dua anak itu), dan kakitangan di hospital yang mengendalikan penyerahan anak.

Sekurangnya tujuh orang yang terkesan jiwa secara langsung, tidak termasuk lagi perasaan adik-beradik dan yang berkait dengan mangsa tertukar itu. Kembar Tertukar Hidup Sebagai Adik-beradik 20 Tahun, Baru Tahu Bukan Seibu.

Bayangkan perasaan si ibu apabila mengetahui salah seorang anak kembar itu bukan anak kandungnya. Saat mengetahui, terus dia terduduk dan menangis serta mengambil sikap menutup mulut kerana tidak mahu perkara itu diketahui ramai, terutama bimbang akan mengguris hati anak terbabit, yang sudah dianggap darah daging sendiri.

Dalam kes ini, siapa harus dipersalahkan. Tak kan dua ibu terbabit kerana anak itu ditandakan dengan nama mereka. Ramai akan pantas menyalahkan jururawat yang meletak tanda nama ibu kepada dua bayi terbabit dengan tuduhan cuai. Tentunya kakitangan terbabit juga sukar untuk menerima kesilapannya kerana sewaktu menandakan bayi itu, dirasakan ia adalah betul. Dengan erti kata lain, ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan. (Jika memang tidak disengajakan). 

Andai diputuskan itu adalah kesalahannnya, maka tiba-tiba dialah yang paling terkesan untuk menghadapinya. Kerana kesalahan adalah pada pihaknya.

Andai semua yang terbabit dapat menerima itu sebagai suratan takdir dan dapat memaafkan di antara satu sama lain, dan dapat menangani dengan elok, itu adalah sesuatu yang sangat bagus. Kesannya menimbulkan pelbagai ragam perasaan, takut, sedih, marah, rasa bersalah dan macam-macam.

Dalam Islam, sesuatu berlaku itu semuanya perancangan Allah. Allah boleh menutup rahsia seseorang dan Allah juga boleh membukanya bila-bila masa.  Allah juga boleh menutup sesuatu kesilapan yang sengaja ataupun tidak disengajakan dan boleh mendedahkannya bila-bila masa.

Bayangkan satü keluarga hidup dengan anak orang lain tanpa diketahui, yang disangkakan itu adalah anak kandung keluarga berkenaan secara pasti, si anak pula selama ini menerima yang seorang lagi itu adalah adik-beradik kembarnya, hakikatnya bukan. Anak seorang lagi hidup dalam keluarga lain yang menganggap dia adalah anak kandung. 

“Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Lapor sebuah akhbar yang menyiarkan cerita itu. (Bernama 27 Jun 2021).

Menurut laporan Bernama 27 Jun 2021, mangsa terbabit, Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, mengetahui perkara itu melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan, September tahun lalu.

Adryani Iwani berkata, perkara itu mula terbongkar ketika dia berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi, apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.

“Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu dan kemudian berkongsi akaun Instagram (IG) Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya. Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggilan untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa,” kata Adryani Iwani kepada Bernama.

Bagaimanapun mereka kemudian bertemu buat kali pertama secara bersemuka di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terpana apabila melihat persamaan yang ketara dari segi wajah dan bentuk badan. Akibat terlalu terkejut masing-masing hanya berpandangan dan berlalu tanpa menyapa.

Ogos tahun lalu seorang rakan mengesan tarikh lahir Adryani Iwani sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas Noratirah memuat naik dalam media sosial gambar majlis hari lahirnya, Adryani mula curiga lalu berusaha menghubungi Noratirah. 

Mereka seterusnya berbual melalui IG dan apabila didapati terlalu banyak persamaan menyebabkan mereka mengambil keputusan melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti pertalian.

Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dibuat menggunakan sampel darah dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.

Apabila keputusan keluar, mereka terkejut terutama ibu Adryana dan Adriyani yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA 99.99 peratus menunjukkan Adriyani dan Noratirah adalah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah. Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia 2018). 

Difahamkan, berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah lahir pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi). 

Terkini hari ini (28 Jun 2021), laporan dari Kota Baharu menyebut Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyiasat kesahihan kes tiga bayi tertukar ketika dilahir 20 tahun lalu yang dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di situ. Kembar Tertukar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here