
Sabun buih pembersih tangan Kirei Kirei bermaksud “Bersih Bersih” adalah Jenama Pembersih Tangan No. 1 di Jepun dan boleh didapati di kebanyakan negara Asia seperti Korea, Singapura dan Thailand di mana ia turut menduduki tempat pertama bagi kategori pembersih tangan di pasaran masing-masing. Ia adalah sabun buih pembersih tangan anti bakteria yang dilancarkan di Kuala Lumpur 4 Mei lalu dan sudah boleh didapati di negara ini.

Dilancarkan pada 1997, Kirei Kirei dihasilkan selepas beberapa siri wabak keracunan makanan yang berleluasa di Jepun akibat bakteria patogenik E.coli menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Selain menghasilkan produk yang menangani penyebaran bakteria, jenama ini turut menjalankan misi sosial untuk memupuk tabiat membersih tangan bagi melindungi kanak-kanak daripada virus. Oleh sebab tabiat ini dapat dipupuk dengan panduan ibu bapa dan guru-guru di rumah dan di sekolah, dan bukan melalui disiplin tegas dan paksaan, dengan menyelitkan elemen keseronokan sewaktu membersih tangan agar kanak-kanak dapat melakukannya dengan gembira bagi menjaga kebersihan setiap masa!
Salah satu keunikan Kirei Kirei busa atau buih halus yang banyak dan berkrim disukai kanak-kanak! Buihnya punyai 12 kali lebih isi padu berbanding cecair pembersih tangan biasa, lebih mudah berbuih tanpa air dan dapat meliputi seluruh bahagian tangan dari tapak tangan hinggalah ke hujung jari. Sabun ini juga mudah dibilas. Sabun pembersih tangan buih halus mudah diguna ini, sesuai untuk melatih kanak-kanak membersih tangan bersama ibu bapa dan dapat mengukuh lagi ikatan kekeluargaan dan memupuk tabiat kesihatan yang baik sepanjang hidup.
Menurut En. Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, syarikat memutuskan untuk membawa Kirei Kirei ke Malaysia di waktu ibu bapa amat bimbang tentang amalan kebersihan anak mereka. Kajian terkini mengenai tabiat membersih tangan di kalangan pelajar pra sekolah di lembah Klang menunjukkan ibu bapa punyai pengaruh amat besar dalam mengajar dan membimbing anak-anak membersih tangan,1 Formulasi anti bakterianya yang unik dengan ramuan pembersih yang 100% berasal daripada tumbuhan memberikan 99.9% perlindungan anti-bakteria untuk menghapuskan kuman secara berkesan,” katanya. Produk ini diuji secara dermatologi dan didapati lembut dan selamat diguna kanak-kanak dan sesuai untuk seisi keluarga.

Faktor lain pemilihan Kirei Kirei bagi kegunaan seisi keluarga termasuk:
- penjimatan kos – jumlah sabun yang diperlukan berkurangan untuk mencapai kebersihan efektif;
- mengurangkan penggunaan air – sabun ini tidak memerlukan air banyak bagi membersihkan dan membilas; dan
- tiada lagi bilasan comot kerana buihnya melekat di tangan dan tidak menitis seperti sabun cecair pembersih tangan biasa!
En. Mabuchi menambah: “Kirei Kirei mempunyai format busa yang unik, sangat berkesan serta mudah diguna, menjadikan ia bukan sahaja popular dalam rumah di Jepun, tetapi juga di sekolah, pejabat dan juga restoran. Kirei Kirei telah menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 di Jepun sejak tahun 2000 selama 20 tahun berturut-turut!”
Amalan membersih tangan paling sesuai diamal di sekolah di mana pelajar lebih terdedah kepada kuman dan virus yang tersebar melalui sentuhan.
“Program pendidikan mengenai amalan kebersihan di peringkat prasekolah dan sekolah rendah di Jepun telah berjaya kami laksanakan. Kami yakin dapat melakukannya di sini untuk memupuk elemen keseronokan semasa membersih tangan di kalangan kanak-kanak”, jelasnya sambila menambah produk ini sesuai diguna dengan botolnya yang dilengkapi pam unik direka khas untuk menghasilkan buih yang halus dan berkrim bagi menghilangkan kotoran dari tangan dengan mudah dan mempunyai botol isian semula yang membantu mengurangkan penggunaan plastik menepati konsep mesra alam” katanya sambil mengakui di Malaysia, pihaknya menerima maklum balas menggalakkan daripada pengguna sedia ada yang telah membeli produk ini dari negara jiran.

Rabiatul Adawiyah Zakaria dan anak lelakinya yang berusia 7 tahun, Adam mencuba Kirei Kirei buat pertama kali mendapati tekstur buih lembut dan halus. Kini, membersih tangan menjadi satu amalan yang amat mudah buat Adam! “Pam sedikit dan ratakan ke seluruh tapak tangan anda dan nikmati haruman yang menyegarkan untuk 20 saat berikutnya. Ia juga mudah dibilas!” katanya.
Sabun buih pembersih tangan anti bakteria ini datang dalam dua varian: Moisturizing Peach dan Nourishing Berries. Setiap varian tersedia dalam format botol 250 ml dan pek isi semula 200 ml. Setiap botol dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM12.50; dan setiap pek isian semula pada harga RM8.50.
Dapatkan dari AEON dan AEON Wellness yang terpilih, Don Don Donki di Lot 10 atau melalui penghantaran ke rumah dengan memesannya di Lazada atau Shopee