Anita Entertainment & Productions yang sebelum ini banyak menganjurkan acara Jelajah Rentas Bantuan Kemanusiaan bermotosikal Bersama kumpulan Kelab Permotoran Anita Bikers Club Malaysia telah menganjurkan kembali program Santai Jelajah siri ke-54 iaitu Santai Selebriti Salam NUR Ramadan 2021.

Majlis Iftar Salam NUR Ramadan bertemakan suasana majlis perkahwinan yang direka hias oleh Villa Busana. Majlis yang disertai media, selebriti, anak anak yatim dan ahli korporat itu dianjurkan bersama oleh CornerStone IPC (International Convention Centre), Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang menaja lokasi rasmi sementara Busana Villa sebagai penaja khas dekorasi tema ala pengantin.

Program Santai Selebriti Salam NUR Ramadan 2021 yang beberapa kali tertunda disebabkan wabak Covid-19, akhirnya terlaksana pada 30 April lalu, meraikan anak Anak Yatim Rumah amal Limpahan Kasih.

Tetamukan khas majlis itu adalah Anak Anak Yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong, Selangor, mereka diraikan oleh penaja khas lokasi CornerStone IPC dan Anita Entertainment &  Productions.

Antara Artis yang hadir ialah selebriti Bro Ritchie Rachman, Yantzen, Rohana Jalil, Rozita Rohaizad, Royce Saayan, pelakon Sari Zamshuri dan Khaty Azian sebagai pengacara.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Qasidah El-Qassh. Kumpulan qasidah ini ditubuhkan pada awal tahun 2019 dibawah kelolalaan Pertubuhan Inspirasi Jasa Nakhoda Alam (PIJNA) di bawah pimpinan Yang DiPertua D’Royce Saayan.

Barisan Selebriti turut memeriahkan acara dengan menyanyikan lagu raya bersama 15 anak yatim berumur 5-6 tahun.

Acara turut dimeriahkan oleh Persembahan Kumpulan PESILAT ATWRS RIDERS CLUB SENI GERAK ALIFF, yang diundang khas.

Majlis turut dihadiri tetamu kenamaan, Dato’ Zamshuri Ramli dari QMIS & RICHWOOD VENTURES BERHAD dan Adun Pengkalan Hulu, Perak, Dato’ Haji  Aznel Ibrahim Dan syarikat Solvy.

Dalam majlis itu juga, CornerStone IPC, Kuala Lumpur, Villa Busana, barisan selebriti dan ahli korporat bermurah hati menyertai Sumbangan Ramadan.

Siri Jelajah Santai Kemanusiaan ini akan diteruskan oleh Anita Entertainment & Productions & Villa Busana Dan syarikat korporat yang lain bagi membantu sektor perniagaan, industri seni dan pelancongan domestik agar terus berkembang.

Difahamkan, kegiatan Bantuan Kemanusiaan akan diteruskan oleh Anita Entertainment and Productions. Mereka yang berminat untuk menyertai sebarang bantuan Kemanusiaan boleh menghubungi talian 01123704245.

Kumpulan qasidah, ElQassh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here