Segar dan lebih nilai itulah tema GIANT, pusat peruncitan terkenal yang melancarkan logo terbaru dengan pengalaman baru bagi pembeli-pembeli di Malaysia. Majlis pelancaran logo baru tersebut telah dirasmikan oleh Tunku Imran Lembaga Pengarah GCH Retail Malaysia.

GIANT yang mempunyai 57 cawangan seluruh negara merupakan pusat peruncitan yang telah wujud sejak tahun 1944 dan penjenamaan semula secara menyeluruh ini adalah salah satu perkembangan yang paling ketara sejak penubuhannya sebagai jenama peruncitan tempatan. Pasar raya GIANT juga terkenal hingga kini sebagai peneraju harga rendah dalam memberikan nilai terbaik kepada pelanggan. Ini berdasarkan hasil kajian oleh GIANT yang diperolehi dari maklumbalas pelanggan dari pelbagai aspek yang meliputi produk yang segar, berkualiti dengan nilai yang tinggi dan juga pengalaman membeli-belah yang positif.

Dengan kepercayaan pelanggan ini, GIANT menawarkan enam pengalaman membeli belah yang menarik untuk para pelanggan :

Pelancaran produk baru yang menawarkan lebih daripada 2,000 produk dari makanan segar, barangan harian dan peralatan asa rumah.

Dunia Makanan yang memberi pelbagai pilihan makanan dan minuman antarabangsa seperti dari New Zealand, Australia, Korea dan Jepun.

Zon Ringgit yang terdapat di cawangan terpilih dengan menawarkan produk-produk berharga RM3 untuk semua kategori produk yang semestinya menjimatkan.

Bahagian Barangan Asas, penyusunan semua senarai barangan keperluan harian dengan memberikan produk berkualiti baik dengan harga berpatutan yang pasti memuaskan. Pelanggan juga boleh memilih lebih dari 700 produk baru yang terdiri daripada barangan masakan, peralatan rumah, barangaan penyimpanan dan pengurusan rumah, barangan permainan dan serta barangan hobi.

Barang Sedia Dimakan ditawarkan untuk pasar raya terpilih seperti makanan segar yang dimasak setiap hari kedai kek di GIANT seperti roti , kek dan pastri. Giant juga menggunakan model hub dan kongsi untuk menghantar produk yang baru dimasak dari kedai di pasar raya besar ke rangkaian kedai GIANT yang lain.

Stor Kesihatan dan Kecantikan Guardian  kini terdapat di pasar raya terpilih GIANT sebagai “Convenient one-stop” yang memudahkan pelanggan membeli dibawah satu bumbung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Makanan Asia Tenggara Chris Bush “Kami sedar ini adalah masa yang amat mencabar buat semua, maka dengan itu kami akan sentiasa kekal memberi komitmen untuk menjadi peruncit yang lebih nilai dengan penjimatan yang terbaik dan menawarkan produk pada harga yang berpatutan terutama produk-produk keperluan pengguna di waktu sukar ini. Dengan logo dan pengalaman baru dan hasil maklumbalas pelanggan, kami telah meningkatkan operasi kami di semua stor, meningkat aras kebersihan dan juga perkhidmatan kami.

Kami amat berberbangga dengan pencapaian GIANT sebagai peneraju peruncit terkemuka di Malaysia, dan kami akan komited memberi perkhidmatan yang terbaik pada pengguna kerana kami faham akan kepentingan memberi pengalaman beli-belah yang terbaik kepada pelanggan kami. Kami juga berusaha keras memberi apa yang diperlukan oleh pelanggan dan setiap maklumbalas yang diterima dari pelanggan akan dinilaikan dan diperbaharui kerana kami percaya setiap perkara yang kecil menjadikan GIANT berbeza dari pasar raya lain ”– Chris Bush, Ketua Pegawai Eksekutif Makanan Asia Tenggara Dairy Farm,


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here