Anita Bikers

ANITA Bikers Club menyambut tahun baru dengan menyempurnakan program terawal tahun ini, Anita North & East Coast Ride Jejak Pahlawan JHEV ATM & PDRM 2021, iaitu jelajah dari Kuala Lumpur – Pengkalan Chepa, Kelantan – Kuala Lumpur dari 8 hingga 13 Januari.

Pada 10 Januari, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteren ( JHEV) ATM Cawangan Negeri Kelantan/Terengganu, Mej Syed Mohd Ifandi bin Syed Jaafar menyertai Program ANITA North & East Coast Ride Jejak Pahlawan PDRM (PGA) & JHEV ATM 2021.

Program diadakan bertujuan untuk meraikan Veteran ATM anjuran Anita Bikers Club.

Program bermula dengan Majlis Perasmian dan Pelancaran yang berlangsung di Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa. Pelancaran telah dilaksanakan oleh Supt Muhammad Samsuddin, Peg Mem Batalion Ke-8 PGA.

Diikuti Majlis Pelancaran Konvoi, Konvoi bergerak untuk menyantuni dua Veteran ATM iaitu Veteran Pertama T211948 Mohamed Salleh di Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Veteren berkenaan dilaporkan menghidap penyakit stroke dan terlantar manakala Veteran Kedua, T 31306 Tachmi Ismail di Kg Tendong Pasir Mas. Veteran tersebut merupakan Penerima PGB.

Melalui hubungan kerjasama dengan ATM, ANITA Bikers Club membantu mewawarkan kempen Tabung Pahlawan JHEV sewaktu program jelajah bersama kumpulan bikersnya.

Difahamkan, misi kegiatan penjelajah ke negeri-negeri dalam kerja amal itu termasuk melawat asnaf awam dan Veteren Tentera yang memerlukan pertolongan. Pada masa sama grup bikers berkenaan membawa tabung dan mewawarkan kempen Tabung pahlawan kepada umum.

Menurut Anita, cabaran program jelajah Anita Bikers Club tahun ini adalah berhadapan dengan musim wabak Covid-19, bagaimanapun itu tidak menghalang mereka daripada meneruskan misi kemanusiaan untuk membantu mereka yang memerlukan, dengan mematuhi SOP pergerakan.

Kerjasama dengan ATM memudahkan mereka dalam banyak hal, terutama bab merentas daerah dan negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here