Zikir Mohon Allah Bantu Dalam Semua Urusan. Kita diulit kecewa apabila semua kerja yang dibuat tidak berhasil, berhadapan masalah atau sesuatu yang kita kehendakkan itu tidak seperti yang diharapkan.
Kekecewaan terhadap sesuatu benda itu meluas. Dalam apa sahaja, misalnya kita berasa gagal mendidik anak menjadi seorang insan bertanggungjawab. Sudah tentulah kita mahukan anak yang rajin, ringan tangan membantu kita sekurang-kurangnya dalam membuat kerja rumah.
Namun sikap dan peribadi anak itu sekarang tidak mungkin diubah walaupun sudah berbuih kita menasihatkkannya, kerana sudah terlambat. Mereka telah pun besar dan kita sendiri yang bersalah tidak mengajar dan mendidik anak itu mengikut yang sepatutnya sedari kecil. Akhirnya kita murung sendiri dengan apa yang telah berlaku.
Dalam hal seperti ini tidak banyak yang boleh dilakukan, selain berdoa kepada Allah SWT. Namun dengan memohon begitu sahaja mungkin juga sukar untuk makbul. Ramai kecewa, mengapa doaku tidak makbul. Mahukah tahu rahsia mudah mendapatkan pertolongan Allah SWT?
Ustazah Asma Harun memberitahu, satu zikir untuk memudahkan kita mudah mendapat pertolongan Allah. Apabila kita menghadapi apa saja masalah dan kesukaran dalam kehidupan, pentingnya untuk kita sentiasa mengingati dan memohon bantuan daripada Allah SWT.
Zikir Mohon Allah Bantu Dalam Semua Urusan. Zikir Ya Baariq lebih kurang bermaksud… Ya Allah aku serahkan kepada Engkau mengatur yang terbaik untukku dalam apa jua hal.
Mudah sahaja, setiap kali selepas solat, zikir 40 kali ayat ini.
“Allahumma Ya Baariq” – 40 kali di awal pagi, sebelum atau selepas Subuh, atau bila-bila pada awal pagi.
Dimulai dengan “Allahumma” sekali baca kemudia diikuti “Ya Baariq” 40 kali.
Di akhir ayat zikir Ya Baariq yang ke-40, doakan begini, “Ya Allah aku serahkan hidupku, anak-anakku, suami/isteriku dan seluruh hidupku untuk diatur dan diurus oleh Mu Ya Allah”.
Kita buat penyerahan diri pada pagi hari, Allah SWT akan bersama dengan kita setiap saat, kemudian kalau ada apa-apa masalah mesti ada penyelesaian.
Baik suami atau isteri yang merasai tangan dan kaki kita amat terhad, dan berasa tak mampu untuk uruskan jadi kita serah kepada Allah.
Menurut Ustazah Asma lagi, Ya Baariq adalah termasuk dalam 99 nama Allah. Bermaksud Allah Yang Maha Mengurus, Maha Mentadbir dan Maha Mengatur.
“Percaya ke tak percaya, buat dulu baru percaya!”
Pesan Ustazah Asma lagi, amalkan setiap pagi dan anda akan nampak hasilnya.
“Allah akan atur semua tu. Kalau Allah tak buka hati anak kita, hati dia tak akan terbuk. Kalau orang buat kita marah, kita tak jadi marah, kerana kita sentiasa ingat, Allah yang aturkan supaya orang itu marah kepada kita. Kalau ada orang berjanji tetapi dia datang lambat, dengan zikir itu tak akan buat kita marah sebab kita tahu semua itu Allah yang aturkan.
“Dengan amalan zikir itu juga, nanti kita akan lihat perubahan sikap anak kita atau apa yang kita harapkan. Akhirnya dengan zikir itu juga membuat hati kita tenang,” ulasnya.
Zikir Mohon Allah Bantu Dalam Semua Urusan