Pahala dosa di facebook. Sedap sangat kita menulis di facebook sampai ketagih. Tak lengkap satu hari kalau tak menulis sesuatu di facebook. Siapa di antara kita yang begitu ha ha. Siapa kata `bermain’ facebook itu tidak berfaedah. Facebook itu sebenarnya adalah medium untuk kita mengumpul pahala dan juga dosa. Ha? Eh buat-buat terkejut pula. Sebenarnya dah tahu kan, tapi buat-buat tak tahu.

Bagi yang tak pasti mengenai peluang pahala dan dosa di facebook, coretan ringkas ini memberi sedikit kefahaman.

Bagamaina caranya untuk mendapat pahala daripada facebook?

Peri hal pahala dosa di facebook, ini penerangan ringkasnya: Facebook adalah medium untuk tulisan dan gambar, iaitu berkait dengan apa yang diibaratkan sebagai berkata-kata dan melihat. Yang kita tulis itu terjemahan daripada hati dan lidah. Nakkan panduan mengenai hal ini, merujuk Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam tazkirah 2 jam di Thailand, di satu kawasan berdekatan sempadan negara, fahamilah kata-kata Nabi (Muhammad SAW).

Dalam tazkirah rakaman itu katanya, barang siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik-baik. Kalau di facebook, tulis yang baik baik, like yang baik baik. Menurutnya, agama (Islam) tu sempurna, sebab sudah ada larangan dan suruhan untuk rujukan.

Tegasnya, tulisan yang baik dapat pahala. Kalau tulis yang buruk dapat dosa. Tulisan di FB, mewakili pena yang menulis atau mulut yang bercakap, setiap satu perkataan yang kita tulis (atau kata), pasti ada malaikat yang mencatatnya. Balasan di akhirat, tulis yang baik dapat yang baik, tulis yang jahat dapat yang jahat. Yang baik, misalnya petik tafsir, ayat quran. Kalau tak pandai tulis, copy yang Tuk Tuk Guru tulis atau tazkirahkan. Pahala dapat. Dan muat naik gambar wanita tidak menutup aurat, contohnya itu antara yang mendapat dosa.

Tiga jenis penulisan di FB

Pahala dosa di facebook. Tiga jenis penulisan di FB,

1. Pertama, tulisan/kata-kata yang dapat pahala,

2. tulisan/kata-kata yang mendapat dosa dan

3. ketiga tulisan yang tak mendapat apa-apa.

Yang pertama dan kedua seperti yang diterangkan di atas tadi.

Yang ketiga, iaitu yang tak dapat pahala mahupun dosa, contoh perkataan “ahh lapar perut la, baik aku makan nasi dagang dulu,” ada orang like atau tak ada orang like, dia cakap seorang seorang macam tu, tak ada apa faedah pun.

Apa pun, yang ketiga tu (tak dapat apa-apa) lebih baik daripada yang kedua (dapat dosa). – Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Kredit foto: Amway.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here