ANITA BIKERS CLUB Ajak Penunggang Terus Mendokong Kempen Safe Ride & Go Green.

Anita Bikers
Majlis yang berlangsung di D Tempat Country Club

ANITA Bikers Club Malaysia meneruskan misi jelajah kempennya bertemakan ‘Safe Ride, Go Green & Kami Prihatin yang telah memasuki siri ke-48.

Kempen kali ini mendapat kerjasama D” Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan sebagai penaja.

Dalam program baru-baru ini, perkara penting dibangkitkan ialah kesedaran mengenai soal keselamatan, pengendalian serta tunggangan motosikal yang betul.

Taklimat mengenai perkara itu disampaikan oleh Jean – Michael Kok, Ketua Hospitaliti D” Tempat Country Club di Majlis Minum Petang yang dihadiri kumpulan penunggang motosikal, majoriti daripada gabungan ANITA Bikers Bodyguards, Motor Escort Team, Gabungan Melaka Group ( GMB ), Benelli Owners Group dan  Gabungan Perak Bikers.

Anita Bikers
Antara peserta yang menghadiri Kempen Safe Ride & Go Green Bersama Anita Bikers Club

Mr.Jean – Michael Kok yang mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman tinggi dalam bidang itu memberi pelbagai panduan kepada penunggang motosikal yang hadir. Majlis itu dihadiri kira-kira 100 penunggang daripada gabungan terbabit.

Selain program Ceramah Minum Petang sempena Kempen Safe Ride & Go Green, grup penunggang juga diraikan dengan kegiatan penyertaan acara cuti2 ke D’Sora dan D”Tempat.

Di samping mengajak bikers menyertai kempen ‘Safe Ride”,  ANITA Bikers Club Malaysia yang aktif dalam pelaksanaan tugas tanggungjawab sosialnya melalui kempen prihatin, turut melancar dan mempromosikan kad penyertaannya, ANITA Protex Cards.

Kad itu menawarkan harga diskaun pembelian dan pembayaran yang berpatutan, sekali gus memberi manafaat kepada kalangan pendokong perniagaan industri pelancongan dan sektor lain.

Persinggahan di hotel.

Secara tidak langsung, membantu kalangan peniaga dan usahawan di bidang perhotelan dan pelancongan yang terkesan oleh pandemik Covid-19.

Penggunaan kad diskaun itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perniagaan, di samping memulihkan ekonomi semasa ahli.

“Kad ini menawarkan harga diskaun pembelian dan pembayaran yang cukup ekonomi. sekali gus memberi manafaat kepada semua pihak, dalam usaha membantu warga kerja dan individu di pelbagai sektor perniagaan pada musim wabak ini,” ujar pengasas Anita Bikers Club, Anita Yusop.

Bersama Anita BodyGuards

Menurutnya lagi, Kelab itu juga juga sedang di peringkat perancangan aktiviti jelajah Rentas Borneo, yang bertujuan mengembangkan lagi sayapnya melalui kempen terbaru bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia, sebagai ikon Tabung Hari Pahlawan 2020-2021.

Motosikal grup peserta Go Greeen & Safe Ride.

Sebarang pertanyaan lanjut bagi yang ingin menyertai kempen ini boleh menghubungi 0112370424

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here