probiotik
Tempe antara makanan probiotik.

Atasi Perut Bermasalah. Ketidakselesaan yang paling lumrah di kalangan manusia berkait dengan bahagian dalaman perut, lebih tepat lagi usus. Penjagaan usus dikatakan sangat penting demi mendapatkan kualiti kesihatan seseorang. Apabila perut tidak selesa atau meragam sama ada punca seperti kembung atau berangin, itu petanda ada sesuatu yang tidak kena dengan usus kita.

Justeru amat penting untuk kita menjaga kesihatan perut di samping kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Jadi, jangan memandang enteng kepada keperluan gaya hidup sihat – makan berkhasiat, senaman kerap, cukup tidur dan pengawalan stres. Andai gaya hidup selama ini menyebabkan kesihatan kurang berkualiti, maka ubahlah gaya hidup mulai sekarang.Walaupun sukar namun itu sangat penting.

Berkait dengan masalah bahagian dalaman perut atau usus, para doktor menyarankan pengambilan probiotik bagi membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus, yang akan menambah baik kesihatan penghadaman dan kesihatan secara keseluruhan kepada tahap yang optimum.

Usus kita adalah habitat komuniti mikroorganisma yang besar dan kompleks. Dalam kajian ini, dua strain probiotik mempunyai pengaruh positif pada kesihatan penghadaman semua subjek kajian terbabit. Gaya hidup sihat bukan sahaja bergantung kepada pemakanan berkhasiat, senaman, tidur dan meminum air mencukupi, bahkan kita harus mengekalkan keseimbangan mikrobiota bakteria baik dan tidak baik dalam usus.

Kelebihan untuk sistem imun

Tahukah anda, usus adalah barisan pertahanan pertama untuk tubuh menentang jangkitan. Kajian mendapati, “Sistem penghadaman merangkumi 80% daripada sistem imun badan kita dan kami turut menyelidik kesan probiotik kepada sistem imun. Tiga sitokin pro-keradangan yang dihasilkan dalam badan yang dikaji, iaitu interleukin-6 (IL-6), interleukin-8 (IL-8) dan faktor nekrosis tumor (TNF)-alfa. Tahap sitokin-sitokin ini yang tinggi menunjukkan tahap keradangan tinggi di dalam badan dan ia tidak baik,” kata Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali adalah Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi dalam satu artikel dalam Harian Metro.

Menurutnya lagi, penyelidikan menunjukkan pengambilan minuman susu berkultur yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei selama 30 hari membawa kepada pengurangan tahap IL-6, IL-8, dan TNF-alfa yang signifikan dalam kalangan subjek kajian, terutamanya 73% subjek kajian dengan IBS. “Ini menunjukkan pengambilan probiotik boleh memberikan faedah yang baik untuk kesihatan penghadaman dan sistem imun badan kita,” katanya.

Mengekalkan kesihatan penghadaman

Atasi perut bermasalah. Pengambilan probiotik yang kerap memastikan kesihatan penghadaman yang baik. Dr Raja Affendi mengesyorkan tiga perkara utama untuk menjaga kesihatan penghadaman.

  • makanan kaya probiotik sebahagian daripada diet harian, termasuklah produk makanan ditapai seperti minuman susu berkultur, tempe, kimchi, yogurt buatan sendiri (tairu), dan pulut tapai. “Anda harus berterusan menambah bakteria baik dalam usus anda untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang.
  • harus makan serat pemakanan yang mencukupi untuk membantu pergerakan usus, meningkatkan jumlah najis, lalu mengurangkan risiko masalah penghadaman. Serat pemakanan prebiotik yang didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang adalah penting sebagai makanan bakteria baik.

Pesanannya sekali lagi,

  • “Jangan abaikan asas gaya hidup sihatmakan sihat, senaman kerap, cukup tidur dan uruskan stres. Mengubah gaya hidup kita tidak mudah tetapi sangat penting. Lebih-lebih lagi, pengambilan probiotik membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus, yang akan menambah baik kesihatan penghadaman dan kesihatan secara keseluruhan kepada tahap yang optimum.”

Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali adalah Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi. 03-56323301. Artikel ini ialah ihsan PROGRAM PENGHADAMAN SIHAT VITAGEN. Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 January 2019 @ 2:08 PM

Kredit Rujukan: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here