KUALA LUMPUR. Bersempena majlis pelancaran produk penjagaan kulit AL Zahraa Madeena Asia Empire Records dan Ali Zahra telah melancarkan video lagu berunsur keagamaan bertajuk ‘Kembara Nabawi’ bertempat di Hotel Grand Millenium Kuala Lumpur.
Ali Zahra Holding Sdn Bhd adalah pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan semenjak tahun 1998. Melalui penjenamaan semula Ali zahraa 3 tahun yang lalu dan pelancaran Zahraa Aroma Theraphy Oil, Gel Theraphy dan Serum Madeena telah melonjakkan Ali Zahraa dalam industri kesihatan dan kecantikan tempatan. Ali Zahraa kini mempunyai 300 ribu pelanggan di seluruh Malaysia.
Kali ini Ali Zahraa bersama Empire Records dan Pelita Lusoh bekerjasama dengan melancarkan produk baru Ali Zahraa Madeena. Kehadiran Aweera dan Pelita Lusoh bukan sebagai duta tapi rakan kongsi untuk menembusi pasaran Asia. Kerjasama selama lebih setahun akhirnya lahirlah produk muslim Ali Zahraa Madeena dan Pelita Lusoh Production melebarkan sayap perniagaan ke bidang kecantikan kulit.
Sempena pelancaran produk baru ini juga Empire Records dan Pelita Lusoh Production juga melancaran lagu dan video terbaru bertajuk Kembara Nabawi. Lagu yang ditulis oleh FJ Muzik dan telah digubah sepenuhnya oleh Pelita Lusoh. Lagu ini menceritakan kisah perjuangan dan kehidupan Rasulullah SAW. Rakaman video lagu Kembara Nabawi dirakam semasa proses rakaman dan produksi lagu tersebut di studio Asia Empire Records. Muzik video Kembara Nabawi boleh ditonton di Youtube Chnnnel Asia Empire Records mulai 29 Julai 2020.
FACEBBOK/PELITALUSOH INSTAGRAM/PELITALUSOH