
Peluang untuk menangi hadiah, JACK ‘n’ JILL Roller Coaster kembali dengan satu lagi kempen menyeronokkan sempena Hari Kebangsaan, untuk mendorong rakyat Malaysia menyumbang sesuatu kepada masyarakat melalui penyertaan peraduan yang disediakan.

Peraduan ‘Roller Coaster Kongsi Keseronokan, Kongsi Kebaikan 2020’, bertujuan memperkasa pengguna agar berkongsi keseronokan dan kebaikan bersama rumah anak yatim. Penggemar snek rangup, gegelang ubi kentang ini, berpeluang mengambil manfaat dengan menyertai peraduan ini.
Caranya dengan menghasilkan apa jua jenis hidangan masakan yang ditambahkan dengan Jack ‘n Jill Roller Coaster, misalnya; melengkapkan hidangan Nasi Lemak pedas dengan snek rangup berkenaan atau menambahkan kerangupan kepada resipi Rojak istimewa anda.
Produk itu sedang mencari idea juadah hidangan kreatif dan menyeronokkan yang dipasangkan dengan gegelang ubi kentang rangup. Penggemar snek berkenaan diberi pilihan menyediakannya di dapur sendiri, atau membeli dari restoran dan seterusnya mengabungkan dengan snek berkenaan melalui kreativiti masing-masing.
Kombinasi terbaik berpeluang meraih hadiah menarik dan pada masa sama dapat menyumbang kepada masyarakat menerusi Jack ‘n Jill Roller Coaster. Jadi, apa tunggu lagi serlahkan kreativiti anda dengan menyertai peraduan tersebut.
Sesuatu hidangan pasti boleh menjadi lebih hebat jika ditambahkan elemen kerangupan yang luar biasa, jadi inilah peluang untuk anda berseronok dengan makanan masing-masing.
“Semoga kami dapat menerima sebanyak mungkin gambar makanan yang digabungkan dengan Jack ‘n Jill Roller Coaster, sekali gus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui makanan.

“Sebagai sebuah syarikat, kami amat menghargai sumbangan yang pengguna kami salurkan kepada masyarakat kerana kepuasan menyumbang kembali kepada masyarakat tiada tolok bandingnya.
“Justeru kami juga akan menderma RM17,000 kepada tiga rumah anak-anak yatim terpilih,” kata Emmanuel B Puno, Naib Pengerusi Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Tiga rumah anak yatim yang dikenalpasti untuk menerima sumbangan itu ialah Rumah Penyayang Darul Ilmi (Gombak), Rumah K.I.D.S (Klang) dan House of Joy (Puchong). Rumah kebajikan ini adalah tempat perlindungan yang menyediakan persekitaran yang selamat bagi golongan anak-anak yatim membesar.

Kongsikan Keseronokan dengan 3 Langkah Mudah
Langkah 1: Beli produk Jack ‘n Jill Roller Coaster bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Simpan resit itu.
Langkah 2: Sediakan satu hidangan kegemaran anda yanga dipasangkan dengan Jack ‘n Jill Roller Coaster dan ambil gambar juadah masakan tersebut (paket Jack ‘n Jill Roller Coaster mestilah jelas kelihatan).
Langkah 3: Kongsikan gambar itu menerusi laman Facebook atau Instagram anda, dan Tag-kan di Facebook @URCRollerCoaster atau Instagram @RollerCoasterMalaysia, tag-kan juga 3 sabahat dan Hash kan ke #
JACKnJILLRollerCoaster #RollerCoasterShareTheFun

HADIAH
HADIAH UTAMA x 1 : RM 1,500 dan tambahan RM 1,500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim.
HADIAH KEDUA X 2 : RM1,000 untuk setiap pemenang dan tambahan RM1,000 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim.
HADIAH KETIGA X 5 : RM500 untuk setiap pemenang dan tambahan RM500 akan disumbangkan kepada rumah anak yatim.
HADIAH KHAS X 55 : RM200 untuk setiap pemenang dan tambahan RM500 akan disumbangkan kepada rumah anak yatim.
Tempoh penyertaan ; 1 Ogos 2020 – 16 September 2020

Bagi memeriahkan lagi kesenorokan, personaliti YouTube – Instagram terkenal, Nur Aisyah atau lebih dikenali sebagai ‘Cupcake Aisyah’ juga akan berkongsi idea-idea kreatifnya untuk kebaikan di Instagram.
Maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/urc.rollercoaster/.
#JacknJillRollerCoaster #SharetheFunSharetheKindness #RollerCoasterSharetheFun