
Mengapa kita perlu utamakan keluarga dan sayangi adik-beradik?
Jika kita tidak mampu memberi bantuan kepada setiap adik-beradik, berilah bantuan kepada ayah emak, misalnya membantu membesarkan rumah tempat berkumpulnya ahli keluarga, dengan cara itu, semua dapat merasa manfaaatnya. Tidak mengapa kalau anda sendiri jarang dapat pergi atau menikmati apa yang telah anda usahakan kerana tinggal jauh. Kekalkan rasa bersyukur kerana sudah dapat melakukan apa yang dirasakan sepatutnya.
Teruskan berkunjung ke rumah adik-beradik, walaupun telah bertahun atau berpuluh tahun rumah anda sendiri tidak dikunjungi mereka. Tidak mengapa asalkan anda tetap mengunjungi, walaupun mereka pangkat adik, atau lebih muda. Kerana kita sedia maklum, silatulrahim di antara adik-beradik dan sesama Islam jangan pernah putus, demi Allah swt.

Tiada istilah, adik kena mengunjungi kakak atau abang, kalau mereka semua payah datang, tidak usah fikir bukan-bukan, misalnya mengata begini, “kalau adik-beradik yang lebih muda tak datang ke rumah aku, apa perlu aku yang lebih tua pergi menziahari mereka?” Itu tidak lain dan tidak bukan adalah fikiran daripada hasutan syaitonnirojiim!!!
Rasa berkecil hati itu pasti terselit, biarkanlah asalkan anda dapat mengawal perasaan diri, asalkan rasa kecil hati itu tidak membawa kepada timbulnya kebencian terhadap adik-beradik atau darah daging sendiri. Setiap individu ada sebab tersendiri untuk sesuatu tindakannya, hanya mereka yang tahu. Sedang diri sendiri hanya seorang insan, makhluk Allah yang tidak sempurna dalam segala hal, banyak kekurangan, banyak ketidaksempurnaan, banyak kekangan dan dugaan.
Semua itu tetap disedari, bukan tidak sedar, sehingga terbit terkilan kerana diri gagal untuk menjadi insan lebih baik daripada yang lain. Meneliti pedoman di bawah ini, sahlah terlalu banyaknya kekurangan pada diri sendiri, masih jauh lagi untuk menjadi insan yang baik. Semoga dilorongkan oleh-Nya untuk kita menjadikan insan yang lebih tinggi amalan dan darjat. Semoga silatulrahim sesama adik-beradik kita terus dipertingkat.Aamiin.
Tersentuh hati membaca pedoman seorang netizen di bawah ini yang dipaparkan menerusi laman Facebooknya. Tulisan penuh dengan unjuran kata nasihat, terasa sampai ke lubuk hati. Admin petik semua ungkapan kata nasihat daripada beliau. Semoga Allah SWT sentiasa memberikannya rahmat, rezeki dan keberkatan, asbab daripada amalan ingat mengingat sesama kita.
Jika nak baiki kehidupan, lihat bagaimana hubungan kita sesama adik-beradik. 1. Sepanjang hidup berapa kali kita bantu adik beradik. Kalau ada, teruskan.
2. Ada tak kita beri duit kepada mereka setiap bulan atau sesekali berjumpa. Kalau ada, teruskan.
3. Kaya atau tak mereka, ada tak kita hulur semasa mereka berkahwin atau dapat anak, atau masuk rumah baru atau apa sahaja kemeriahan. Kalau ada, teruskan.
4. Jika ada adik-beradik yang kerap buat perangai, ada tak perasaan kita rasa nak biarkan, lantakkan. Kalau ada, hentikan dan kembali beri layanan baik.
5. Ada tak kita masukkan mereka dalam doa kita, kalau ada, teruskan. *****Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan suatu apa jua; hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawatan, musafir yang terlantar serta hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.” (An-Nisa: 36)
Gais, kita ada berbagai ragam keluarga. Ada ok ada tak ok. Namun Allah kata buat baik sahaja. Jika dia tak ok, hal dia. Kita bantu. Jika dia ok, maka kita bersyukur, tetap kita bantu.Jika dia kaya raya, maka kita bersyukur juga, tetap kita bantu.
Antara benda yang buat kita ini ada magnet rezeki yang besar ialah kita buat baik terhadap ahli keluarga sendiri. Ia akan menarik banyaknya hal kebaikan. Buang ego, Buang sombong. Kalau kita hebat. Akan jadi lebih hebat jika kita saling rendah diri dan bantu.
Sama ada mereka nak bantu kita semula, itu bukan hal kita. Kita sahaja yang kawal diri kita dan tak boleh buat orang lain kawal. Sama juga kita tak boleh kawal adik-beradik yang lain.
Kita yang perlu dapat pahala dan murah rezeki. Jadi kita yang kedepan bantu, tolak ansur dan sebagainya. Iya, nak murah rezeki, happy dan bahagia, utamakan keluarga. Begitulah.
Syukur dapat adik-beradik yang saling beringat. – Khairul Hakimin Muhammad