A-Manzil
Gambar hiasan: Belajar ayat Manzil

Ayat Manzil Untuk Rawatan Pelbagai Gangguan, Sihir, Sedih, Hiba, Dukacita, Stress atau Tertekan.

Ingatkan sudah kian hilang tetapi tidak. Wabak Covid-19, belum lagi berakhir. Di Malaysia mungkin reda tetapi di sesetengah negara lain wabak itu masih bermaharajalela. Wabak ini telah menggangu perjalanan hidup seluruh masyarakat dunia, banyak kegiatan terhalang. Masing-masing tidak dapat keluar bekerja dengan bebas seperti sebelumnya. Kerana wabak pandemik Covid-19, ramai yang berduka dan stress.

Sesungguhnya ada pihak yang paling suka melihat manusia berduka cita. Siapakah mereka? Mereka adalah golongan jin dan syaitan. Ini masanya mereka ingin mengambil peluang masuk menghasut pemikiran manusia yang kebingungan dan kesedihan. Kehilangan punca pendapatan, kegagalan membayar hutang dan pelbagai masalah yang membelenggu manusia membuat insan terbabit semakin tertekan.

Mereka yang lemah semangat dan tidak kuat iman, akan tewas dengan ujian serta mudah jatuah dalam perangkap jin dan syaitan. Sudah menjadi kerja golongan ini untuk merosakkan anak-anak Adam. Mereka boleh masuk dengan mudah ke dalam hati anak Adam yang lemah dan merosakkannya.

Bagi mempertahankan diri daripada gangguan jin dan syaitan, Ustaz Datuk Dr Zahazan Mohamad DPSM, memberikan panduan, katanya, amalkan Ayat Al-Manzil – himpunan ayat untuk perawatan.

Ayat ini katanya dicadang sebagai amalan oleh kalangan ulama India, yang dibaca antara lain untuk mengelak kemasukan jin di dalam badan manusia. Di kalangan jin ada Islam dan kafir, yang kafir inilah yang mengacau manusia, ulasnya.

Sebetulnya ayat-Ayat Manzil ni ada banyak kegunaannya. Ianya digunakan oleh pengamal perubatan Islam untuk merawat pelbagai penyakit sihir, gangguan, saka dan penyakit misteri yang sukar diubati.

Dalam satu blog, Aina’s Closet, penulisnya mencatat, “Pernah ada seorang bapa datang ke pejabat saya menceritakan masalah anaknya yang mengalami gangguan skizo dan sering mendengar bisikan di telinga selama 20 tahun. Saya bagi dia buku manzil dan suruh baca pada anak setiap pagi.

Beliau telah membacakan ayat-ayat tersebut pada air dan bagi anak beliau minum dan mandi pada setiap hari.

Sebulan kemudian si bapa datang lagi berjumpa saya dan mengucapkan berbanyak terima kasih. Wajahnya sangat ceria.Matanya hampir mengalirkan air mata. Katanya setelah sebulan mengamalkan ayat manzil ni akhirnya anaknya sembuh dan tidak lagi mendengar apa-apa bisikan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt Yang Maha Penyembuh Lagi Maha Penyayang.”

Tulisnya lagi, ada ramai juga para isteri yang mengalami masalah rumahtangga, turut membaca ayat manzil sebagai solusi agar jiwa mereka lebih kental dan mengelak perceraian.

Ringkasnya ayat-ayat manzil juga berupaya merawat penyakit tekanan perasaan, gangguan mental perasaan sedih, hiba, dukacita yang misteri samada jelas atau tidak jelas puncanya.

Mereka yang mengalami trauma dalam hidup samada baru kehilangan orang yang tersayang, dihimpit perasaan susah hati yang mendalam akibat tekanan ekonomi yang hebat atau kehilangan pekerjaan dan punca rezeki bagus mengamalkan ayat manzil ni dan alami keajaiban ayat-ayat suci al-quran.

Berikut adalah himpunan ayat Manzil, untuk diamalkan bacaannya.

Surah Al-Fatihah 

Surah al-Baqarah 1 – 5 

Surah al-Baqarah 163 

Surah al-Baqarah 255 

Surah al-Baqarah 256 

Surah Al-Baqarah 257 

Surah Al-Baqarah 284 

Surah Al-Baqarah 285

Surah Al-Baqarah 286

Surah Ali-Imran 18 

Surah Ali-Imran 26 – 27 

Surah Al-A’raaf 54 – 56 

Surah Al-Israa’ 110 – 111 

Surah Al-Mu’minun 115 – 118 

Surah As-Shaffat 1 – 11 

Surah Ar-Rahman 33 – 40 

Surah Al-Hasyr 21 – 24

Surah Al-Jin 1 – 4 

Surah Al-Kafirun

Surah Al-Ikhlas 

Surah Al-Falaq 

Surah An-Nas

Selepas selesai baca ayat-ayat manzil ni berdoalah kepada Allah swt. Mohon kesembuhan dan rahmat hanya dari Dia….”Ya Allah Aku Mohon Rahmat Mu, janganlah Engkau biarkan aku sendirian…..”tambahlah dengan ayat kita sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here