pregnant mother

Matlamat perkahwinan bagi kebanyakan pasangan suami isteri adalah menginginkan kehidupan yang bahagia, bukan hanya untuk berdua tetapi bersama anak-anak. Lumrah bagi mereka yang berumahtangga, mahukan anak kerana ingin memanjangkan zuriat daripada ikatan perkahwinan. Sebelum mendapat anak, si isteri melalui satu fasa atau kehidupan yang disebut sebagai kehamilan. Rencana ini akan menerangkan mengenai pelbagai masalah dan tip kehamilan.

Masalah dan tip kehamilan – APA YANG AKAN DIALAMI WANITA HAMIL

Tidak dinafikan ada wanita melalui peringkat kehamilan tanpa banyak gangguan atau masalah sehingga mereka tidak sedar sedang hamil. Mereka yang langsung tidak rasa terganggu sewaktu mengandung, sememangnya sangat beruntung.

Hakikatnya, rata-rata wanita hamil melalui pelbagai ketidakselesaan. Majoriti pasangan yang ada anak sendiri, telah mengalami dugaan peringkat kehamilan. Secara amnya, dugaan kehamilan adalah sama, hanya berbeza dari segi tahap ketidakselesaan.

Gangguan lumrah yang dialami wanita hamil seperti;

* Pening

*Loya dan muntah-muntah.

*Lapar dan kebuluran yang mengganggu kegiatan seharian.

* Ada bertukar sensitif seperti mudah sedih atau marah.

*Terasa sakit di sana sini seperti sengal tulang, pening, bengkak kaki dan sebagainya.

Keadaan di atas itu disebut sebagai, alahan hamil. Kenapa perkara di atas ini berlaku?

PUNCA GANGGUAN KETIKA KEHAMILAN

Sememangnya, dugaan itu hakikat yang mesti diterima oleh bakal ibu. Ketahuilah bahawa perubahan yang berlaku itu bukanlah perkara luar biasa. Gangguan ketika hamil dikatakan berpunca daripada bertambahnya kandungan hormon dalam badannya.

Perubahan ini penting bagi memastikan janin hidup dan berkembang dengan baik dalam rahim ibunya. Hormon penting untuk mengekalkan kehamilan sehingga cukup bulan. Gangguan ini membabitkan sebahagian mahupun kesemua sistem fisiologi dalam diri wanita hamil.

Ini bukanlah sesuatu yang tidak elok, malah keadaan itu adalah normal, sebagaimana difahami dalam ayat 14 surah Luqman, bahawa tubuh badan wanita hamil begitu lemah dan semakin bertambah lemah bulan demi bulan. Bahkan setelah bersalin, tubuh badan masih lemah dan perlukan bantuan daripada orang yang terdekat.

Proses kehamilan terbahagi kepada tiga peringkat di sebut sebagai Trimester Pertama, Trimester Kedua dan Trimester Ketiga.

TRIMESTER PERTAMA – Masalah dan tip kehamilan

PERINGKAT Trimester Pertama, iaitu antara satu hingga tiga bulan mengandung, adalah waktu janin dan kebanyakan organ terbentuk. Pada masa ini ketara pembentukan hormon yang menimbulkan rasa ketidakselesaan pada diri bakal ibu. Selalunya menyebabkan mereka berasa mabuk pada waktu pagi. Waktu mabuk, mereka sensitif kepada makanan tertentu, menyebabkan rasa loya dan muntah dengan hanya terhidu bau.

Dalam kes seperti ini, bakal ibu itu sendiri yang mesti pandai mengawal keadaan. Dia hendaklah peka terhadap makanan atau benda-benda yang membuatnya rasa terganggu. Elakkan benda-benda berkenaan daripada dirinya.

Mengikut kelaziman, makanan bergoreng atau berminyak dan berlemak mudah membuat loya, ini membabitkan waktu di peringkat trimester pertama.

Berikut makanan perlu dielak untuk mengurang rasa mabuk di peringkat trimester pertama.

  1. Elak makanan berminyak
  2. Makan sedikit tetapi biar kerap
  3. Sebaik sahaja bangun pagi, isikan dahulu perut sekurangnya dengan dua keping roti atau beberapa keping biskut kering untuk mengelak perut masuk angin.
  4. Bagi mengelak loya, jangan makan terlalu banyak kerana boleh membuat perut mual.
  5. Rasa loya juga timbul apabila melihat atau terbau makanan sedang dimasak
  6. Loya terjadi kerana disebabkan kurang pengambilan makanan berzat dan bervitamin yang diperlukan oleh tubuh, termasuk juga karbohidrat dan zat galian.
  7. Rasa loya pada siang hari boleh diatasi dengan memakan buah yang dikeringkan.
  8. Elak berada dekat benda berbau seperti orang merokok. Asapnya dan aura rokok memang pantas mengganggu bukan saja kepada wanita hamil bahkan, orang biasa juga tidak tahan dengan baunya
  9. Minum air secukupnya.
  10. Dianjurkan minum minuman berkhasiat seperti susu untuk mengembalikan tenaga yang hilang akibat muntah.
  11. Tambahkan khasiat pemakanan.
  12. Jika muntah berterusan, dapatkan rawatan doktor.
  13. Tidak boleh makan sampai peringkat teruk, boleh menyebabkan kebuluran, dapatkan rawatan doktor, akan masukkan air untuk memberi tenaga.
  14. Ada juga wanita hamil mempunyai selera rasa luar biasa seperti sukakan makanan manis sahaja atau masam sahaja dan sebagai. Jika suka manis, jangan pula sampai makan terlalu banyak makanan manis sehingga boleh boleh menyebabkan kencing manis. Begitu juga dengan makan jeruk, perlu dipantau, pastikan seimbang dengan pengambilan makanan berzat. Makanan teralalu manis mengandung asid berlebihan menyebabkan anak dalam kandungan mengidap penyakit seperti lemah jantung, jantung berlubang, lelah dan macam-macam lagi.
  15. Ada yang alah dengan bau seperti tikar atau makanan tertentu. Tiada rawatan khas untuk rawatan ini, wanita hamil hanya perlu mengawasi makanan dan pergerakannya.
  16. Sesetengah wanita pula berasa pedih ulu hati. Peningkatan hormon ketika hamil menyebabkan injap di dalam bahagian perut menjadi kendur. Cairan asid dari perut akan naik ke pembuluh, ini boleh menyebabkan rasa kekurangan atau berlebihan.
  17. Jika ulut mulut terasa masam, dianjurkan duduk di atas katil dan minum susu hangat, janga membongkok atau berbaring selari. Jika perlu tidur dengan tinggikan bahagian kepala dan dada atau tidur mengiriing ke kanan.
  18. Perut kembung disebabkan selalunya wanita hamil menjadi malas dan kurang bekerja, angin terperangkap di dalam dan lambat keluar.
  19. Ada kala berlaku keadaan banyak menelan angin disebabkan kurang selera makan atau makan makanan berkacang, makanan bergoreng serta makan makanan yang bayak mendatangkan angin.
  20. Sembelit pula disebabkan peningkatan paras hormon tertentu ketika hambil menyebabkan otot-otot pada usus menjadi kendur, dan melambatkan pergerakan usus. Isi kandungan usus lambat keluar dan kehilangan banyak air menjadikan najis keras, ibu akan merasa sakit sewaktu mebuang air besar pada bahagian bawah perut atau ari- ari, oleh itu dianjurkan makan banyak serat seperti sayuran buah-buahan dan minum banyak air. Bagi mengatasi masalah ini, amalkan senaman, elakkan mengambil ubat pencahar.

Trimester kedua – masalah dan tip kehamilan

Peringkat 4 hingga 6 bulan, janin terbentuk sepenuhnya, membesar kepada saiz di mana organ-organ penting mampu untuk hidup tanpa bantuan ibu.

Pergerakan pertama janin berlaku pada trimester ini. Justeru, ibu perlu makan makanan secukupnya untuk kesihatan bagi pertumbuhan otak bayi agar sihat adan cerdik. Penambahan sebanyak 300 kalori setiap hari bergantung makanan yang diambil, termasuk 15 hingga 25gm tambahan protein sehari atau penambahan 30 peratus dari hari-hari biasa.

Pengambilan asid folik dan kalsium juga pelru ditambah sebanyak 220 mg dan 400 mg. Waktu ini masalah ketika trimester kian berkurangan, malah selera makan mulai bertambah.

Trimester ketiga – masalah dan tip kehamilan

Tahap 7 hingga 9 bulan – bayi membesar tiga perempat daripada berat badannya semasa lahir, khasiat tambahan diperlukan. Ketika ini ibu dinasihat mengambil makanan seimbang dan berkhasiat serta mengurangkan makanan berlemak.

Buasir boleh terjadi di peringkat ini akibat tekanan kepala janin pada akhir waktu kehamilan, yang mengalir darah dari dubur balik ke jantung akibatnya sarluran dara di dubur menjadi kembang dipenuhi dengan darah, keadaan ini biasaanya diwarisi turun temurun, ada kala kerana terlalu kuat meneran sewaktu membuang air besar dalam pantang.

Buasir bagi ibu yang belum pernah mengalaminya mungkin terjadi dalam tempoh trimester ketiga ini. Bagi yang sudah sedia menghidapnya, keadaan akan menjadi lebih kuat. Antara tanda tanda buasir adala sakit ketika membuang air besar serta terkeluar sedikit darah.

Kemungkinan juga buasir di aras luar dubur. Untuk itu bagi orang buasir amalkan makana seperti dala keadaan sembelit. Elak daripada meneran teralalu kuat ketika membuang air besar serta menjaga kebersihan diri untuk mengelak daripada mengalami gatal gatal pada dubur. Jika terasa gatal yang amat sangat letak air batu dalam bekas dan tuam pada dubur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here