Diet Seimbang dan Gaya Hidup Sihat Penting untuk Membina Sistem Imun yang Kuat. Fonterra mengesyorkan susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang untuk menyokong sistem pertahanan badan

Kawalan pergerakan membendung penyebaran wabak koronavirus di Malaysia telah dilonggarkan, kebanyakan rakyat dewasa dan kanak-kanak kini kembali ke tempat kerja, sekolah dan kawasan awam. Selain mematuhi langkah penjarakan sosial dan memakai pelitup muka, sistem imun badan yang kuat perlu untuk melindungi diri daripada sebarang penyakit.

Menurut Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia, sistem imun yang berfungsi dengan baik penting untuk melindungi badan kita daripada jangkitan dan penyakit. Tetapi, apakah caranya mengekalkan sistem imun yang kuat? Mulakanlah dengan pemakanan baik serta gaya hidup sihat. “Pengambilan diet sihat dan seimbang dengan pelbagai makanan berkhasiat ialah cara terbaik mendapatkan semua nutrien diperlukan badan bagi menyokong sistem imun yang kuat,” jelas Goh.

Pengambilan susu dan produk tenusu amat digalakkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang yang sihat, menurut Goh lagi. Kajian menunjukkan susu dan produk tenusu adalah sumber semula jadi nutrien yang baik1 dan penting untuk imuniti, daripada kandungan protein, Vitamin B2, B12, B6, Zink dan Vitamin A.

susu diet seimbang, milk balance diet

“Segelas susu bukan sahaja menjadi alternatif lebih baik berbanding minuman lain, malah susu juga turut membantu menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak perlukan. Protein dalam susu meliputi asid amino merupakan blok binaan asas sel. Protein membina kebanyakan komponen pada badan kita, termasuk kulit, otot, tulang, DNA malah sel-sel imun dan antibodi,” kata Goh.

Goh menambah bahawa badan hanya mampu menghasilkan asid amino tidak perlu. Bagi asid amino perlu, kita perlu mendapatkannya daripada diet kita. “Protein daripada sumber tenusu dianggap protein berkualiti tinggi kerana mengandungi semua asid amino yang kita perlukan,” tambahnya lagi. UHT atau susu cecair adalah pilihan mudah – ia boleh diminum sejuk atau pada suhu bilik untuk kita peroleh nutrien penting pada bila-bila masa. Bagi kanak-kanak, ada pelbagai rumusan susu tepung di pasaran yang menyokong keperluan pemakanan mereka. Ia juga penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengekal ketahanan diri mereka.

Selain daripada protein, anda juga boleh mendapatkan pelbagai vitamin dan mineral penting seperti Vitamin A, D, B2, dan B12, serta kalsium, fosforus, zink daripada susu dan produk susu1.

Vitamin A menyumbang kepada pengekalan fungsi sistem imun3 manusia dan lapisan kulit yang melindungi kita daripada bakteria berbahaya. Vitamin D berfungsi untuk mengawal fungsi imun5, serta memudahkan tindak balas imun badan terhadap penceroboh berbahaya. Zink juga berperanan dalam fungsi normal sistem imun4, selain memberi sifat antioksidan5 dan anti-radang6. Kalsium, selain untuk membina tulang yang kuat, juga penting untuk memberi isyarat kepada sel-sel imun7.

“Snek yang baik untuk anak-anak, dapatkan minuman susu berkultur yang mengandungi probiotik! Hidangan enak ini bukan sahaja mengandungi kebaikan susu, malah turut mengandungi probiotik yang menyokong usus sihat. Sesetengah produk susu turut mengandungi prebiotik yang menyokong persekitaran usus  yang sihat. Ini penting kerana 70% daripada sistem imun kita didapati dalam usus kita!” kata Goh lagi.

Menurutnya, usus kita mengandungi lebih daripada 200 trilion bakteria baik dan tidak baik. Keseimbangan kedua-dua jenis bakteria perlu dikekalkan kerana jika bilangan bakteria baik menurun, bakteria tidak baik akan mengambil alih dan menyebabkan penyakit. Oleh yang demikian, pengambilan probiotik dan prebiotik, penting untuk mengekal kesihatan usus yang baik, seterusnya menyokong kekuatan sistem imun.

Justeru, mulakan dengan amalan pemakanan yang baik dan gaya hidup sihat untuk membina sistem imun yang berkesan. Hidangkan segelas susu untuk anda dan keluarga pada waktu makan. Gabungan pengambilan susu dengan diet yang seimbang berserta senaman yang kerap membolehkan kita membina sistem pertahanan badan yang kuat!” tambah Goh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here