Nikmati kesegaran & khasiat buahan untuk kecantikanmu! Mask A’bloom terlaris dari Althea kini semakin ceria dengan dua perisa buah baharu

Reaksi pertama apabila menerima sekotak mask A’Bloom, teruja melihat kotaknya yang sungguh cantik, rekaan melambangkan sebuah rumah dengan gambar tingkap di permukaannya. Lebih menarik lagi penutup kotak berupa daun tingkap yang boleh diselak ke kiri dan ke kanan, unik sekali. Mask ini salah satu daripada rangkaian produk A’bloom keluaran Althea dari Korea.

Dengan penampilan kotak yang cantik dijual secara online, produk kecantikan Korea ini bukan sahaja untuk dibeli bagi kegunaan sendiri bahkan, sesuai juga dijadikah hadiah untuk orang tersayang.

This image has an empty alt attribute; its file name is image.png

Dengan pelbagai rangkaian produk kecantikannya, Korea dianggap sebagai syurga pencinta kecantikan yang ingin meningkatkan penampilan diri di samping mencari produk yang dapat memberi kepuasan hati. Produk kecantikan dari negara itu sangat diminati ramai hingga diberi jolokan K-beauty (jelitawan Korea)!

Althea, syarikat destinasi beli-belah dalam talian untuk pelbagai produk berasaskan K-beauty, membawa aneka produk kecantikan diri ke pintu rumah anda secara terus dari Korea! Bersandarkan inspirasi trend kecantikan terkini dan pengetahuannya yang luas dalam industri K-beauty, Althea melancarkan rangkaian produk terbarunya, A’bloom.

Produk A’bloom dirumus daripada bahan berkualiti tinggi dan telah diuji bagi memenuhi keperluan kulit anda. Ia dicipta sebagai pelengkap untuk rutin kecantikan dan penjagaan kulit sedia ada, dengan menampilkan pelbagai koleksi produk penjagaan kulit, solekan dan aksesori seperti kepingan masker, span mekap, produk anti jeragat dan banyak lagi.

Sesiapa sahaja mampu kelihatan menarik tanpa perlu meluangkan masa berjam-jam di depan cermin. Yakin dengan falsafah ini, A’bloom menetapkan matlamat untuk membawa kegembiraan produk K-beauty yang segar, ringkas dan unik kepada semua peminatnya di seluruh dunia!

Terokai keajaiban A’bloom Mask Sheets untuk kulit yang lembap dan sihat berseri!

A’bloom Mask Sheet diperkaya dengan khasiat superfruit yang sangat baik untuk kulit. Malah, setiap keping mask mengandungi satu botol penuh (25g) yang sangat padat dan penuh dengan esen buah-buahan! Esen ini dirumus dengan formula larut air istimewa yang menghasilkan lapisan lembapan pada permukaan kulit supaya kulit kembali lembap dengan cepat dan berkesan di samping membantu kulit kekal terhidrat untuk tempoh yang lebih lama.

Untuk membantu mask melekat sempurna pada kulit dengan selesa dan lembut, A’bloom menggunakan kepingan Tencel mesra alam yang dihasilkan daripada 100% serat eucalyptus asli. Tanpa sebarang bahan pencerah optikal, formaldehid atau logam berat, Tencel sangat sesuai untuk kulit sensitif! Bahan ini juga membolehkan pengaliran udara yang baik dan menahan lembapan dengan berkesan supaya kepingan masker kekal lembap tanpa menjadi kering di bahagian tepinya.

Ekstrak Beri untuk Keremajaan!

Berry-Me-Baby Anti-Aging Blueberry Mask Sheet (25g, RM3)

Kepingan mask ini diperkaya dengan ciri-ciri antipenuaan untuk kulit yang lebih muda berseri. Kandungan bahan antioksidanya sangat berkesan untuk memperbaiki cela, meratakan tona dan menyerlahkan keserian semula jadi kulit. Esen beri yang sedikit berasid ini juga dapat membantu mengawal pH dan mengukuhkan lapisan perlindungan kulit.

Bahan kandungan utama:

  • Ekstrak Beri Biru – kaya dengan antioksida untuk mencerahkan dan melindungi kulit
  • Ekstrak Delima – mengandungi estrogen untuk meratakan struktur kulit dan menganjalkan kulit
  • Niacinamide – mencerahkan tompok-tompok gelap dan mencegah penghasilan melanin berlebihan

Tegangkan Kulit Wajah, Elakkan Kendur!

Coco-Me-Up Lifting Coconut Mask Sheet (25g, RM3)

Bekalkan kulit anda dengan khasiat esen untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Vitamin E dan kolagen tumbuhan memastikan agar kulit sentiasa muda, anjal dan tegang. Esen yang sedikit berasid ini juga membantu mengawal pH kulit dan mengukuhkan lapisan perlindungan semula jadi kulit.

Bahan kandungan utama:

  • Ekstrak Kelapa – kaya dengan Vitamin E untuk memperbaiki cela dan melicinkan kulit
  • Ekstrak Cendawan Tremella – mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit
  • Adenosine – kaya dengan ciri-ciri antipenuaan yang sangat berkesan

Anda hanya perlukan 15 – 20 minit untuk mendapat kulit yang cantik berseri dengan adanya rangkaian penuh produk A’bloom Mask Sheets untuk pelbagai masalah kulit, seperti Moisturizing Watermelon, Brightening Lemon Lime, Nourishing Avocado dan Anti-Blemish Peach. Semua kepingan mask A’bloom diuji secara klinikal bagi memastikannya selamat untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.


A’bloom Fruit Masks Mini Variety Pack (6 keping, RM18)

Kit permulaan edisi terhad mengandungi kesemua 6 varian buah untuk kepingan masker A’bloom dalam pek mini yang comel, segar dan menyeronokkan untuk dicuba!

A’bloom Fruit Mask Sheets (RM3 setiap satu; Beli 10 dan dapatkan diskaun 10%*!) boleh dibeli secara eksklusif di laman web Althea: https://my.althea.kr

*Tertakluk kepada terma & syarat

Untuk maklumat, promosi dan pelancaran produk K-beauty terkini, jangan lupa “SUKA” Althea di Facebook: https://www.facebook.com/altheamalaysia dan Instagram @altheakorea.

Mengenai Althea

Althea dibangunkan untuk memanfaatkan revolusi digital dan memperkenalkan dunia kepada keajaiban produk kecantikan dari Korea (K-beauty). Produk ini dihantar terus dari Korea ke lebih 200 negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Althea menawarkan 100% produk asli pada harga terbaik. Sebagai syarikat e-dagang hibrid rentas sempadan yang pertama di dunia, Althea menyediakan peluang beli-belah yang mudah dan selesa dengan pilihan pembayaran, sokongan pelanggan dan promosi menarik di bawah satu bumbung. Selain memasarkan pelbagai rangkaian jenama K-beauty yang ekstensif, Althea juga menghasilkan jenama kosmetik eksklusifnya yang tersendiri, iaitu Althea Collection dan A’bloom, yang dicipta berdasarkan trend kecantikan masa kini dan data pelanggan proprietari. Hari ini, Althea menjadi destinasi digital No.1 untuk semua aspek berkaitan K-beauty, seterusnya merapatkan jurang antara pengguna dengan produk dan trend K-beauty terkini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here