Johore Laksa
Laksa Johor sedap dan istimewa

Laksa Johor Sedap. Berlainan sedikit daripada laksa-laksa lain di Malaysia, Laksa Johor dianggap istimewa kerana isinya daipada bahan spaghetti, iaitu sejenis makanan orang Barat. Bahan untuk membuat kuah laksa Johor dan set rencahnya agak banyak, iaitu seperti di bawah;

Laksa Johor Sedap, berikut adalah resipi dan cara membuatnya.

BAHAN

100 ml minyak masak – untuk menumis

BAHAN UNTUK KUAH

2 camca besar serbuk ketumbar

1 camca besar serbuk jintan manis

2 camca besar rempah kari daging

(Semua bahan di atas hendaklah dibancuh dengan air jadi pes)

2 camca besar pes cili

2 liter santan (daripada 1 ½ biji kelapa)

500 g ikan kembung, direbus, ambil isinya tumbuk

40 g udang kering, direndam dalam air panas dan tumbuk

1 camca besar asam jawa + 50 ml air kosong (Gaulkan dan tapis untuk ambil air asam jawa)

8 tangkai daun kesum

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK ISI DAN RENCAH:

500 g spaghetti, direbus sehingga lembut dan toskan.

300 g tauge, dibuang ekor

2 biji bawang besar – dihiris

1 biji timun – dihiris

40 g daun selom – dihiris halus

6 – 8 biji limau Kasturi, dibelah dua

BAHAN UNTUK DIKISAR

8 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

3 cm halia

3 cm lengkuas

2 batang serai

BAHAN UNTUK SAMBAL

6 biji cili merah

2 cm belacan (dibakar)

Garam dan gula secukupnya

(semua bahan dikisar menjadi sambal)

Antara bahan-bahannya.

CARA MEMBUAT – Laksa Johor Istimewa Lagi Sedap

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan pes rempah, kacau sampai terbit minyak.
  3. Masukkan santan, kacau sekali-sekala sehingga menggelegak. Masukkan pula isi ikan, udang kering, air asam jawa dan daun kesum.
  4. Kacau sampai menggelegak, bubuh garam dan gula secukup rasa. Apabila terbit minyaknya semula, bolehlah diangkat.
  5. Sewaktu menghidang, letak spaghetti di dalam mangkuk, tabur tauge, bawang besar, timun, daun selom dan daun selasih.
  6. Tuang kua ke atasnya. Hidangkan Bersama limau Kasturi dan sambal belacan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here