Resipi Kuih Goyang. Kredit foto – Yatiean.blogspot

Kuih tiga nama, ada orang menggelarnya kuih goyang, ada panggil kuih ros dan ada juga sebut kuih sarang lebah. Kenapa entah sampai ada tiga nama.

cara membuat kuih goyang dan resipi
Acuan kuih loyang daripada tembaga. Kredit foto – facebook Loyang & Acuan (yang turut menjual acual berkenaan).

Nama pertama – kuih goyang mengambil sempena cara buat dengan menggoyangkan acuan bersalut tepung dalam minyak panas, nama kedua kuih ros mengambil sempena bentuk berkelopak macam bungan ros dan ketiga, kuih sarang lebah pula mengambil sempena bentuknya yang berlubang-lubang seakan sarang lebah.

Apa pun panggilannya, tidak kisahlah, asal anda kenal dengan nama kuih tradisional ini. Ingat pada ketiga-tiga nama, supaya apabila orang sebut namanya tak sama dengan nama yang kita panggil, tapi kita tahu ia merujuk kepadah kuih yang sama. Di bawah ini resipi kuih goyang.

KUIH GOYANG / ROS / SARANG LEBAH

BAHAN

500 gm tepung beras
100 gm tepung Jagung
500 ml air
2 biji telur
1 sudu teh garam
8 camca gula
200 ml santan

Macam mudah sahaja resipinya, bahannya pun tidaklah sukar untuk didapati.

LANGKAH BUAT

1.Ayak tepung beras dan tepung jagung ke dalam bekas adunan dan masukkan telur dan kacau.

2. Masukkan gula, garam dan kacau lagi.

3. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga santan habis.

4. Pukul adunan sehingga sebati.

5. Panaskan minyak di dalam kuali dan celupkan acuan ke dalam minyak untuk memanaskan acuan sebelum diguna.

4. Celupkan acuan kuih goyang tadi ke dalam dalam adunan tepung dan santan tadi, jangan sampai tenggelam semua. Celup sampai separas satu perempat acuan sahaja.

5. Kemudian cepat-cepat angkat dan celupkan acuan ke dalam minyak panas sampai tenggelam.

6. Tepung akan mulai mengeras, goyangkan acuan supaya kuih terkeluar daripada sarang. Guna alat lidi pencucuk untuk menolak lapisan tepung bagi menanggalkannya daripada acuan.

7. Biarkan sekejap dalam minyak panas, sambil rendam semula acuan dalam minyak panas kemudian celup semula ke dalam adunan tepung, seperti awal tadi.

8. Ulang langkah sama banyak-banyak, apabila kuih sudah garing boleh diangkat dan disejukkan.

9. Setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Kuih goyang atau ros ini kalau kena cara buat, cukup rangupnya dan lembutnya, memang sedap dimakan, tak sedar mengunyah krup-krap, sekejap je dah tinggal sedikit.

10. Kuih ini kurang menjadi kalau keras, kuat berminyak atau tebal. Pertama kali buat mungkin kurang elok, cuba lagi sehingga menjadi.

Boleh dihidang pada hari biasa atau pun pada hari raya.

SELAMAT MENCUBA…

Terima kasih kepada Azlida Mhd Rosidi yang berkongsi resipi kuih ini di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here