soy-sauce-fry-fish
Ikan kicap sayur kacang dan kobis merah

Ikan masak kicap campur kacang panjang, lobak merah dan bunga kobis. Sementara baru masuk bulan Ramadan ni (2020), ada yang dah pening tak tau nak masak apa? Tambah pula pada musim Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) ni, tiada Bazar Ramadan, nak tak nak kenalah masak sendiri. Amacam orang yang tak biasa masak? Kenalah juga berusaha, takkan nak order yang masak siap setiap hari?

Di sini ada satu resipi yang mudah, tetapi berikan banyak sedikit bahannya supaya sedap. Takkan asyik nak guna, bawang dan kicap sahaja. Kenalah ada sedikit pedas, sedikit masam dan sedikit manis plus, perasa herba alam seperti halia.

Ikan Masak Kicap Campur Sayur Kacang Panjang, Lobak Merah dan Bunga Kobis


Bahan bahan:

1 ekor Ikan kembung saiz besar sedikit supaya cukup makan untuk satu keluarga, kalau kecil, guna 2 ekor ikan. (Bersihkan dan lumur garam kunyit dahulu).

Lobak merah (Carrot) dihiris seperti chips setengah cawan.

Kacang panjang dipotong seperti biasa, setengah cawan

Sedikit bunga kobis dihiris (jika perlu)

3 cili besar merah dan hijau. Dipotong serong.

1 labu bawang besar – hiris bulat

1 batang daun sadri atau daun bawang, dihiris

1 batang kulit kayu manis – jika suka tambahan rasanya

Bahan bahan sos

Kicap pekat

Kicap manis

Sos tomato

Sos tiram

Sos ikan (jika perlu)


Bahan bahan kisar:

1/2 labu bawang besar

4 ulas bawang merah (ditumbuk atau kisar)

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia (ditumbuk atua kisar)

Cara-cara:

  1. Tuang minyak dalam kuali, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar hingga wangi.
    2. Dalam kuali yang sama, masukkan bahan yang telah dikisar (bawang merah, bawang, bawang putih, halia) dan goreng sampai naik bau. Masukkan bahan sos seperti kicap pekat, kicap manis, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air untuk kuah. Biarkan mendidih sehingga seakan pecah minyak. Jika air kering tambah sedikit lagi air.
    3. Setelah kejiadian kuah sudah cantik hitam berminyak, masukkan bawang besar dan hiriasan cili hidup. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng tadi. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang. Siap.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here