bismillah-5
Ayat syifa

Merawat penyakit dengan Bismillah 5

“Bismillaahir rohmaanir rohiimBismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

Banyak kelebihannya mengenai amalan bacaan Bismillah 5. Berikut adalah panduan merawat penyakit dengan Bismillah 5, boleh juga merujuk maklumat di link ini http://www.lovesihat.com/rawat-diri-melalui-amalan-bismillah-5/

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’

1. Kita hidup dalam persekitaranya yang di mana-mana pun terdapat jin dan syaitan. Bacaan Bismillah 5, dapat menghindari gangguan jin dan syaitan.

2. Kita hidup tanpa mengetahu siapa musuh dan siapa yang sebenarnya jujur, justeru kehidupan kita sentiasa terdedah kepada angkara musuh. Amalkan membacaa Bismillah 5 agar terpelihara kita daripada bahaya dan musuh.

3. Sama ada secara kemalangan atau sengaja diberi oleh musuh, termakan racun adalah sesuatu yang sangt berbahaya. Baca Bismillah 5, untuk menjadi penawar kepada pelbagai racun dan bisa.

4. Ibu yang dalam pantang mudah terkena penyakit gila meroyan, Bismillah 5 juga amalan penawar penyakit gila meroyan.

5. Hatta Bismillah 5 juga boleh diamalkan untuk melegakan bengkak dan benjol.

6. Tahukah anda Bismillah 5 juga menjadi penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.

7. Hatta dapat mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8. Selain menjadi penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9. Amalan bacaan Bismillah 5 juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.


Kaedah Merawat adalah seperti berikut

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.

2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

6.Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

7.Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

*Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Berikut satu lagi cara amalan Bismillah 5

Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.

Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.


Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’


Credit to : http://jalanakhirat.wordpress.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here