stomoach-ache

Mengatasi masalah gastrik tanpa ubat. Adakah semenjak dua menjak ini, anda asyik berada di rumah kerana melayani kerenah tubuh badan yang mendambakan layanan manja. Maksudnya, kena jaga makan minum dan tidur mengikut jadual. Tersilap waktu makan, perut masuk angin, tiba-tiba lapar macam sebulan tak makan. Itu namanya gastrik. Kalau dah jadi macam tu, hati-hati jangan dibiarkan, nanti parah dan susah nak pulih kembali seperti asal.

Kembung perut. Kredit foto – Hellodoktor

Justeru itu jangan biarkan perut kosong, tiba waktu tinggalkan kerja dan pergilah makan dahulu. Bila diamati, bersyukur kalau penyakit ini hanya dirasai di peringkat lewat usia, bayangkan mereka yang mengalami sejak zaman kanak-kanak. Tidak tahu bagaimana mereka yang terbabit boleh bertahan sekian lama. Penting untuk mencari amalan petua yang dapat mengatasi masalah gastrik, seandainya tanpa ubat lagi bagus.

Hakikatnya ramai juga mendapat penyakit ini sewaktu di usia masih muda. Jaga pemakanan, jaga pemakanan, itulah selalunya nasihat yang diberikan. Seribu satu tip dah dikumpul, senarai makanan yang pantang dimakan berjela, apabila dibaca dicari di internet, seolah semuanya tidak boleh dimakan? Nyaya!

Namun yang peliknya, seorang doktor pakar yang admin jumpa di Pusat Perubatan Tawakkal berkata, pengidap gastrik dan jenis reflux tidak perlu pantang makan. Tidak tahu sama ada hendak percaya atau pun tidak. Katanya, cuma perlu jaga kadar makanan yang diambil. Jangan makan terlalu banyak pada satu satu masa kerana ia boleh membuat perut senak apabila diisi terlalu penuh. Keadaan itu yang membuat asid makanan naik ke atas, disebabkan injap di saluran makanan longgar.

Masalah di sini ialah ‘injap saluran makanan longgar’.

Faktor kelonggaran injap di saluran makanan itulah sebenarnya yang menjadi punca berlakunya reflux. Kelonggaran injap juga menyebabkan angin masuk dengan mudah ke dalam perut dari mulut dan membuatnya terasa kembung. Apabila angin berlegar di dalam perut, diri akan terasa tidak selesa sehingga angin berkenaan terus mengalir ke bawah, berputar dalam saluran usus dan keluar dalam bentuk apa yang dinamakan kentut!

Untuk mengawal masalah penyakit itu mudah sahaja, kata doktor pakar terbabit.

* Berhenti makan sebelum kantung perut penuh dan
* Makan sebelum perut lapar.
* Minum air jangan sekali gus.
* Minum air bergelas secara berdikit-dikit.

* Selain lakukan senaman perut – caranya ambik nafas dan tahan sambil kira sebanyak 10 kali dan lepaskan. Ulang berkali-kali, lagi banyak lagi bagus, katanya. Pastika sewaktu ambil nafas perut berkeadaan mengembang. Latihan ini jika dibuat secara istikomah, -akan menguncupkan semula lubang injap, begitulah lebih kurang yang dinasihatkan oleh doktor berkenaan.
* Doktor itu juga berkata, ubat bukan penawar yang berkesan untuk mengubat penyakit gastrik atau perut kembung.
* Yang penting adalah amalan seperti yang diajar.

Ya, dengar seperti mudah sahajakan tetapi hakikatnya untuk kembali keadaan kesihatan asal, tidak semudah yang dibicarakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here