Pedoman hilangkan dukacita dan rasa gundah, manusia berduka kerana banyak sebab. Jangan main-main dengan perasaan dukacita, elak daripada biarkan ia berlarutan. Dukacita itu bermulanya daripada perasaan sedih. Perasaan manusia mudah terusik, sejak awal usia remaja, seseorang sudah pandai bersedih atau gundah. Sedih sikit sikit boleh dikawal, atas pada sedih adalah berdukacita, jika dibiarkan berlarutan akan menjadi berduka lara.
Apabila kesedihan tidak dapat dibendung, perasaan itu meresapkan lebih mendalam ke benak jiwa. Timbul pula rasa dukacita, janganlah dibiarkan terus, sehingga menjadi dukalara yang berpanjangan. Andai dukalara menguasai perasaan, bimbang seseorang hilang pertimbangan, sehingga gagal menguruskan diri. Lantaran buntu, tidak dapat berfikir apa yang haruskan dilakukan untuk memperbaiki keadaan dirinya. Dapatkan pedoman hilangkan dukacita.
Memetik kata-kata Prof Dr Hamka dalam bukunya, Tasawuf Modern, ini PEDOMAN buat anda yang sedang berduka cita. Biar apa pun puncanya, ulama itu berpesan;
“Kalau berduka cita memikirkan keberuntungan, kekayaan dan kemuliaan yang telah lalu, kedukaannya tidak berfaedah sama sekali. Ini kerana segala kejadian yang telah lalu itu, walau bagaimana diratapi sekalipun, tidak akan kembali.“
Menurutnya, sedangkan masa dua minit yang lalu pun, walau dikejar dengan mesin terbang yang melebihi kecepatan suara, tidak mungkin dapat dikejar. Justeru apa guna meratapi yang telah berlalu, kerana ia tetap tidak akan kembali. Bahkan hanya mengundang keburukan, lantaran jika diratapi berterusan, boleh merosakkan badan. Janganlah terus kecewa, segera dapatkan pedoman hilangkan duka.
Nasihatnya lagi,
Kedukaan timbul lantaran tiadanya keyakinan bahawa segala isi alam ini asalnya tiada, kemudian ada, dan akhirnya akan kembali tiada (lenyap). Justeru, kejayaan, pangkat, darjat dan apa saja yang disayangi, hatta anak dan isteri, harta benda, semuanya akan datang dan akan pergi daripada kita pada bila-bila masa. Andai sayangkan isteri atau anak-anak sekali pun, kalau tidak kita yang pergi lebih dulu, merekalah yang akan meninggalkan kita dahulu. Hakikat itu kita mesti ingat dan terima.
Lantaran tidak dapat menerima hakikat itulah yang menyebabkan seseorang berdukacita, berdukalara sepanjang masa. Keadaan itu tidak boleh dibiarkan berlarutan, seseorang perlu dapat mengawal perasaan dirinya sendiri. Sampai bila hendak bersedih, sedang yang diratapi tidak akan kembali.
Ya, benar sekali apa yang diungkapkan oleh Prof Dr Hamka itu. Sesuatu keadaan itu pastinya tidak akan berulang, lain masa lain keadaannya. Itu yang dinamakan perubahan dalam kehidupan, sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa pun. Setiap orang akan melalui fasa gembira dan dukanya.
Pesannya;
Kepada yang berdukacita, ketahuilah mengubat dukacita tidak lain hanyalah dengan menjaga apa yang tinggal sekarang. Semua yang baik baginya telah pergi, sudah hilang daripada sisinya. Yang perlu diingat Yang masih ada, atau yang akan datang, iaitu semua yang masih dapat dinikmati.
Jangan sampai lataran meratapi nikmat yang hilang kita lupa akan nikmat yang ada, kelak nanti nikmat yang masih ada pula hilang dan akan diratapi pula. Bak kata pepatah, kalau ada jangan harap, kalau hilang janganlah cemas!
Pesan Prof Dr Hamka lagi;
Pada waktu dilimpahi nikmat, hendaklah disyukuri, letakkan ia di tempatnya, insafi bahawa semua barang di maya ini hanyalah pinjaman. Nikmat yang sangat dicintai seperti hari muda, gunakan dengan sebaik-baiknya, dan sedarilah masa muda itu tidak lama. Kalau diguna dengan baik, kelak di usia tua, kita tidak akan menyesal, melainkan akan tersenyum bangga bahawasanya semasa muda dan sihat, kita telah berbuat banyak kebaikan.