Hotel di Paka. Penat memandu sewaktu berjalan-jalan di negeri Terengganu, singgah seketika di Hotel The Qamar, Paka, Terengganu.
Terletak di kawasan pantai, nama The Qamar diilhamkan daripada perkataan Melayu, ‘Kamar’, bermaksud bilik tidur.
The Qamar, hotel di Paka ini berkonsep servis penginapan yang selesa gaya resort deluxe, suasana dalaman hotel semestinya selesa.
Dari segi tema, The Qamar yang terletak di atas kawasan seluas 1.6 hektar menawarkan suasana menggabungkan ciri Malaysia dengan gaya penataan `seperti di rumah tetapi bukan rumah’.
Ikan goreng
Menyediakan perkhidmatan sejak lebih 20 tahun lalu, dengan nama awalnya Residen Resort.
Berada di kawasan pantai yang bersih, kawasan itu adalah syurga hijau dengan keindahan semula jadi. destinasi ideal bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dalam suasana tropika yang subur, tentunya memenuhi kehendak pelancong biasa dan pelancong perniagaan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Bilik penginapan pula direka gaya kontemporari dan dilengkapi dengan perabot moden. Pilihan unit menghadap pantai, kolam renang, atau kampung berdekatan.
Mempunyai 60 bilik, 16 calet dan banglo persendirian di tepi pantai, ia menyediakan suasana mesra di Malaysia dengan sentuhan eksklusif.
Konsep kehadiran The Qamar di situ sebagai pusat penginapan di celah rumah kampung.
Justeru katanya, hidangan makanan di restorannya juga mengutamakan masakan ala kampung, kata Pengurus Besar Hotel The Qamar, Manan Manaf.
Ini adalah antara masakan tradisional, iaitu hidangan Kari Melayu Kampung bukan rasa masakan kari Mamak. Menepati selera mereka yang gemarkan rasa Melayu.
Hidangan utama, nasi bertemakan lauk pauk kampung.
Jika terasa ingin menikmati lauk pauk kampung, boleh singgah di Hotel The Qamar, pada waktu tengah hari anda akan dihidangkan dengan masakan Melayu kampung, yang tentunya menyelerakan. Di samping itu terdapat juga makanan sampingan seperti salad dan kuih muih tradisionan dan juga kek.
Hotel ini terletak di satu kawasan yang tidak sibuk, hanya satu bangunannya tersergam di situ, terletak di tepi jalan besar dan tidak susah untuk dicari.
Andai tidak menginap, boleh saja singgah untuk makan tengah hari, sebaiknya buat tempahan awal supaya tempat duduk disediakan siap-siap, anda sampai sahaja boleh terus duduk.
Tempat makan di aras bawah tidak jauh daripada kawasan kolam renang. Di luar ruang makan, kelihatan lanskap taman yang bersekali dengan lanskap kolam.
Menikmati hidangan dalam suasana santai sambil menikmati pemandangan alam tepian pantai dan suasana kolam, tentunya mendamaikan.
- Lagi hotel untuk bercuti dan bersantai http://www.variaseri.com/2018/08/18/5-perkara-yang-buat-anda-teruja-di-aseana-resort-langkawi/
#makanan #hidanganalakampung #theqamar