Tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di Malaysia telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Kebanyakan rakyat Malaysia akan meluangkan masa bersama keluarga dan pasangan masing-masing di dalam rumah. Manalah tau tetiba ter “accident” buat baby masa2 PKP ni kan. Berdasarkan pandangan beberapa klinik dan doktor di Malaysia, kebanyakan rata-rata berkempen untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ‘Merancang Keluarga’.  

Jika anda mempunyai kekangan kewangan ataupun kemampuan dari segi kesihatan, diharap dapat sedikit sebanyak memahami dan merujuk kepada doktor berdekatan untuk mendapatkan nasihat. Ada doktor dah mula menyediakan khidmat secara video call/live. Sebelum tu jom baca sikit apa itu Perancangan Keluarga yang perlu anda ambil tahu.

Apakah Peracangan Keluarga?

Merancang keluarga adalah menentukan bila kah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan yang baik, dan bilangan anak yang diingini oleh pasangan suami isteri.

Faedah dan Kebaikan Merancang Keluarga

  • Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak- anak
  • Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan
  • Untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
  • Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini
  • Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
  • Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga 

Keberkesanan Untuk Mengelak Kehamilan

Keberkesanan Pil perancang yang digunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan alat dalam rahim(IUCD) pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

Sumber:
Dr. Fuziah Paimin
KKM, MyHEALTH

Untuk semua masyarakat dan pasangan, boleh rujuk dengan doktor di kawasan berdekatan anda untuk informasi lebih lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here