Delta Mekong, Vietnam.
Melalui sebuah penempatan desa di daerah ini, teruja melihat barang yang dikaitkan dengan kehidupan kampung. Ketika itu kami sedang berjalan menuju ke sebatang anak sungai di Delta Mekong, untuk menyertai acara menaiki sampan.
Dalam perjalanan, melalui kawasan perumahan kampung. Rumah-rumah di situ kebanyakannya dibina atas tanah dengan keadaan biasa-biasa sahaja. Teruja pula apabila ternampak timbunan kayu api, dapur kayu, dan alat kandaran. Pemandangan lumrah di tempat kita pada zaman 50-60-an-70an.
Selain itu, kelihatan juga ayam berkeliaran, sungkup dan anak kecil bermain buaian.
Kayu api
Budak-budak muda yang lahir dan membesar di kota serta tidak biasa dengan kampung, mungkin tidak tahu apa itu kayu api dan kandaran. Kayu api adalah keratan kayu kering yang diguna untuk memasak. Kayu api dikumpul setempat, dicurahkan minyak tanah untuk menyalakan api di dapur masak.
Memasak menggunakan kayu api, segalanya dilakukan secara manual. Bagaimana nak menguatkan nyalaan dan memperlahankan api? Tiada punat untuk dipusingkan bagi mengawal kadar api melainkan hanya menggunakan kaedah manual, untuk menguatkan nyalaan, hujung kayu dirapatkan dan api ditiup dengan mulut melalui serombong buluh, cukup tiupan api akan menyala kuat. Bagi memperlahankan nyalaan api, hujung kayu di jarakkan, secara automatik nyalaan api akan berkurangan.
Bagi mereka yang tidak biasa memasak menggunakan kayu api, tentu berasa sukar bukan? Jika disuruh mencuba, mungkin nak menyalakan api pun gagal. Apa pun bagi masyarakat kampung pada zaman dahulu, perkara itu mudah sahaja. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Kalau dah itu amalan seharian, tidak ada rasa susahnya.
Gambar bawah: Delta Mekong, Vietnam. Timbunan kayu api di sisi bangunan dapur. Rupa-rupanya masyarakat di sini masih menggunakan dapur kayu. Kita di Malaysia dah jarang pakai dapur seperti itu. Zaman tahun sebelum 70- an dulu ada la. Di rumah yang kami lewati, kelihatan
bangunan dapur kayunya terasing daripada rumah tetapi dengan jarak selangkah saja. Mungkin itu dapur untuk kegunaan di luar. Mungkin juga ada dapur minyak atau dapur gas di dalam rumah.
Di tempat makan dan menjaja barangan sebelum itu, kami terjumpa alat kandaran sedang dibawa oleh seorang penduduk. Apa pula kandaran tu? Ia adalah alat diguna untuk mengangkat barang. Ia dibentuk oleh satu palang kayu kukuh, dengan kedua-dua hujungnya terdapat tempat meletak barang.
Bagi menggunakan alat itu, kandaran hendaklah diletak di atas bahu iaitu di bahagian tengah kayu kandaran. Sekali pandang macam alat penimbang. Barang yang dibawa di kedua-dua hujung kandaran hendaklah sama berat untuk keseimbangan. Lihatlah gelagat mereka, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan alat kandaran yang berisi nanas. Berebut nak cuba mengandar.
Kelihatan juga ayam peliharaan berkeliaran bermain di sekitar rumah. Gambar bawah menunjukkan seekor ayam jantan terkurung di bawah alat sungkup dawai.
“Sangatlah suasana kampungnya… apabila melihat ayam dalam sungkup besi ini.”
Ala comelnya dia.. duduk seseorang diri dalam buaian jaring gantung. Buaian gantung seperti ini popular diguna pada masa itu.
Buaian popular di kalangan penduduk setempat. Digantung pada tiang bawah teduhan berhampiran rumah. (gambar bawah).
#deltamekong #vietnam #sungaimekong
Lagi cerita jalan-jalan di Vietnam
- Guide Mekong Delta Trip https://theculturetrip.com/asia/vietnam/articles/guide-mekong-delta-vietnam/