Dua punca utama yang menyebabkan sayur dan buah yang korang simpan dalam peti ais tu jadi tak segar disebabakan oleh dua faktor; Gas Ethylene dan Kelembapan. Jom ikuti tips untuk memastikan sayuran dan buahan anda kekal segar dan elak kekuningan pada sayur!

Sayur dan buah yang tinggi kandungan gas Ethylene: Buah pisang, buah avokada, Mangga, kentang, buah peach, aprikot, epal, pear, dan lain lagi

Sayur dan buah yang sensitif dengan gas Ethylene: kentang, ubi keledek, bawang, jagung, sayuran hijau, kacang hijau, timun, kobis, brokoli, cauliflower

1. Balut sayur hijau berdaun (seperti daun salad, kubis kerinting, daun lobak) dengan kertas, tisu dan suratkhabar

Buang bahagian batang besar yang tak digunakan dan basuh sayur anda dengan bersih. Balut sayur-sayur hijau tu dengan surat khabar dan letakkan didalam plastik atau bekas yang bersih sebelum masukkan kedalam peti ais. Anda boleh gunakan juga tisu yang bersih untuk balut jika ada.

2. Letakkan daun bawang/daun parsley dalam plastik berisi sedikit air

Ambil daun bawang yang baru dibeli dari pasar dan letakkan dalam plastik air yang diisi sedikit air. Ikatkan dengan getah (jangan terlalu ketat). Lepastu baru masukkan kedalam peti ais. Dengan cara ni, daun bawang tu akan kekal lebih segar lama dan tahan lama sehingga 2minggu

3. Letakkan karot, tomato, timun dalam bekas plastik

Sebelum masukkan sayur2 tu, bolehla asingkan dengan letakkan didalam bekas yang ditutup rapi.

4. Bawang yang telah dikupas boleh diletakkan didalam plastik

Kalau korang dah kupas bawang tu, masukkan kedalam plastik sebelum masukkan kedalam peti ais

5. Capsicum selalunya akan tahan lama didalam peti ais, guna kaedah letak dalam plastik

Letakkann capsicum didalam plastik sebelum masukkan kedalam peti ais.

Itu saja, pastikan sayur-sayuran anda kekal segar. Kalau ada tips lain boleh kongsikan dibawah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here