Saat menantikan kelahiran cahaya mata, pasti semua pasangan teruja untuk mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan. Pasti ramai pasangan seronok berteka teki meneka jantina anak, lebih lebih lagi tatkala anak tersebut adalah anak pertama!

Anak Lelaki

  1. Perut ibu membujur/tajam ke hadapan
  2. Degupan jantung – sekitar 140.
  3. Pusat ibu di luar.
  4. Ibu tidak suka berhias ketika hamil
  5. Kadar selera makan ibu lebih tinggi
  6. Hidung ibu kelihatan lebih besar dan mengembang
  7. Kulit ibu kering dan kaki cepat sejuk
  8. Payudara kanan ibu lebih besar daripada payudara kiri
  9. Ibu tidak mengalami simptom mabuk di saat trimister pertama
  10. Seri muka ibu hamil lebih berseri-seri
  11. Kadar selera makan yang tinggi.
  12. Ibu lebih kerap tidur mengiring ke kiri semasa hamil

Anak Perempuan

  1. Bentuk perut ibu membulat dan tinggi
  2. Degupan jantung bayi sekitar 150
  3. Pusat ibu ke dalam.
  4. Kulit ibu kelihatan lembut ketika hamil
  5. Seri muka ibu berkuranga / emosi ‘moody’
  6. Payudara kiri ibu lebih besar daripada payudara kanan
  7. Mengalami simptom mabuk ketika trimister ke-2.
  8. Punggung ibu melebar ketika hamil
  9. Kadar kuantiti selera makan sederhana
  10. Ibu lebih gemar makanan manis
  11. Ibu lebih kerap tidur mengiring ke kanan semasa hamil

Tips ini mungkin tidaklah 100% ianya betul, tapi inilah kepercayaan dan petua yang boleh anda ketahui untuk mengenali jantina bayi anda. Untuk lebih memastikan keshahihannya, ibu hamil harus membuat saringan ultrasound bayi di Klinik dan ianya juga penting untuk mengetahui tahap kesihatan bayi dalam kandungan sepanjang kehamilan anda!

1 COMMENT

  1. Lagi satu tips, selalunya kalau dalam kandungan tu baby girl, selalu anak buah lelaki suka menyendeng dekat dgn wanita yg hamil baby girl 😂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here