Petua sakit perut

Pernah tak korang terasa sakit perut. Nak berjalan pun sakit, nak duduk pun sakit, nak baring pun sakit, semuanya tak selesa. Memang sangat sakit kalau sakit perut, sebu, senak disebabkan oleh angin yang banyak dalam perut. Penyakit angin dalam perut ni memang dah jadi kebiasaan dan penyakit biasa dalam masyarakat.

Punca angin dalam perut ni banyak, salah satunya adalah disebakan oleh pemakanan kita. Antara contoh makanan yang menyebabkan angin dalam perut adalah makan buah yang jenis berangin, pulut dan sebagainya. Kalau boleh cuba elakkan makanan yang berangin untuk yang selalu ada masalah angin.


Jom ikut beberapa petua yang baik untuk hilangkan angin didalam badan.

1.Minum air suam

Minum air kosong akan membantu mengstabilkan keadaan badan dan perut anda yang kurang selesa tu.

2. Sapu minyak angin di bahagian perut

Minyak angin lah penyelemat kita kalau angin dalam badan terlalu kuat dan sangat sakit. Korang perlu rehatkan diri dan baring dan pejam mata. Ambil minyak angin (brand apa2 pun ok) sapukan ke bahagian perut dari atas perut sehingga ke bawah. Ulang beberapa kali juga di bahagian tepi perut dan belakang perut.

3. Minuman Halia

Mudah je nak buat minuman halia ni. Ambil seinci halia lepastu hancurkan sikit halia tu dan reneh dengan air suam. Bancuhan air minuman dengang halia ni sangat berkesan kerana aroma yang ada dalam halia ni sangat kuat yang mampu menolak dan menyingkirkan angin dalam badan. Cubalah petua sakit perut ini.

4. Makan bawang putih

Bawang putih adalah raja segala bahan makanan, malahan dapat juga membantu kita membuang angin dalam perut tu. Ada 2 cara efektif nak gunakan bawang putih ni: Pertama kupas bawang putih dan terus makan, yang kedua boleh terus bakar je sebiji bawang putih tu dengan api yang rendah (jangan sampai hangus) dan kupas kulit sehingga bersih lepastu terus je makan.

5. Bersenam… bersenam dan bersenam, jangan duduk sahaja

Ini adalah salah satu lagi punca angin terkumpul didalam badan dan perut. Jarang bersenam akan mengundang masalah angin dalam perut. Malangnya ramai yang taktahu korang boleh dapat angin disebabkan kurang melakukakan pergerakan. Pastikan anda melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30minit sehari.

Salah satu senaman yang mudah,popular dan berkesan ialah Relieving Wind Pose, sejenis yoga yang dipercayai dapat menghilangkan angin dalam badan anda. Kalau anda tidak flesibel untuk melakukan yoga, boleh cuba untuk strecthing yang mudah-mudah ataupun ‘slowjog’ dalam rumah sehingga berpeluh.

Pergerakan dapat membantu membuang angin yang tersekat dalam perut supaya dapat disingkirkan dalam badan disamping membantu mengekalkan diri anda aktif dan terus sihat!




Ada juga dalam hasil carian kami, ada beberapa blog dan individu yang kongsikan doa buang angin. Namu bagi pendapat saya, sebolehnya rujuklah semula kepada ustaz untuk memastikan kesahihan dan keberkesanannya. Jumpa ustaz dan perawat yang berlandaskan Islam, bukannya bomoh yang belum tentu mengikut lunas Islam dana rawatannya.


Semoga sedikit sebanyak perkongsian ni dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan angin dalam badan. Kalau ada perkongsian yang lain boleh kongsikan di ruang komen dibawah. Terima kasih!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here