Pengalaman Tunggang Gajah
Melawat Negara Gajah Putih atau Thailand tidak sah kalau tidak pergi ke pusat rekreasi gajah. Kali ini Admin ingin mengimbau kenangan melancong ke Chiang Mai bersama tiga rakan wartawan, yang ditaja oleh The Tourism Authority of Thailand (TAT).
Pengalaman ini tidak pernah luput daripada ingatan biarpun kembara ke destinasi Chiang Mai, Thailand ini sudah berlalu bertahun-tahun lamanya.
Rasanya, kegiatan pelancong ke pusat rekreasi gajah ini sama sahaja. Tidak lepas daripada aktiviti menonton pertunjukan gajah dan menunggang. Dua bahagian pertunjukan gajah adalah pertunjukan di dalam air dan di darat.
Di dalam air, penonton dipersembahkan bagaimana gajah dimandikan dan membuat pertunjukan bersama gembalanya. Setiap seekor gajah dengan seorang gembala, yang mengawal haiwan itu sepanjang pertunjukan. Menariknya gembala bukan sahaja dewasa, ada juga kanak-kanak yang berpengalaman mengendalikan gajah.
Permulaan masuk di sambut oleh bangunan Visitor Centre, yang mana berhampirannya terdapat pondok kaunter tiket. Menariknya bangunan Visitor Center dan Pondok Tiket dibina daripada kayu untuk mengekalkan kesinambungan suasanan alam semula jadi di situ.
Di kawasan itu, kelihatan sebuah tram untuk pelancong, jika tidak larat berjalan kaki boleh menaiki tram berkenaan untuk melawat dalam kawasan rekreasi gajah bekenaan.
Pelancong datang bersendirian boleh membeli sendiri tiket di kaunter namun yang datang secara berkumpulan akan disediakan oleh pemandu pelancong rombongan terbabit.
Menyertai rombongan dari Malaysia hanya empat orang (dua lelaki dan dua wanita), maka kami masing-masing diberikan peluang oleh penaja untuk menyertai kegiatan yang terdapat di situ. Kegiatan yang tidak sepatutnya dilepaskan ialah menunggang gajah.
Bagi kemudahan menaiki di atas belakang gajah yang tinggi itu, pelawat dikehendaki memanjat tangga pondok tempat memulakan perjalanan. Dari atas lantai pondok, kami melangkah turun ke kerusi gajah.
Pengalaman tunggang gajah. Dengan rasa berdebar, kami memulakan perjalanan. Bagaimana perasaan? Ya memang teruja, tetapi setelah melalui beberapa langkah perjalanan, terasa alangkah siksanya melalui perjalanan dengan haiwan tunggangan seperti itu. Demikian pengalaman menunggang gajah.
Nampak raja, puteri atau orang besar menaiki gajah dalam filem, macam seronok je. Hakikatnya gajah melangkah dan berjalan terhinggut-hinggut, menghayun badan kami ke kiri dan kanan, amat tidak selesa. Saya membayangkan bagaimana tersiksanya raja atau pembesar-pembesar zaman dahulu kala menaiki gajah tunggangan, walaupun nampak seperti selesa.
Saat tidak dapat dilupakan apabila gajah yang kami naiki menunduk menuruni tebing kolam, terasa badan hendak tercampak ke depan. Penulis memegang kemas birai kerusi, saat ia melompat ke air, tidak dapat menahan ketakutan serentak itu kami melaung cemas! Setiap kali teringatkan pengalaman itu, sungguh melucukan.
Mereka ini nampak sahaja tenang gembira, tetapi hakikatnya hati berdebar-debar tatkala duduk terhinggut-hingut di atas belakang pak belalai.
Bertuahlah dua rakan media ini, gambar mereka dapat penulis rakam dari gajah tunggangan kami yang berada di belakang mereka. Berlatarkan pemandangan tasik yang membiru.
Selesai menunggang gajah kami menapak ke tempat persembahan.
Persembahan dimulakan dengan kegiatan air, setiap gajah menunjukkan gerak laku mengikut arahan tuan masing-masing.
Gambar bawah, pondok papan kenyataan petunjuk arah.
Antara menarik adalah persembahan bermain alat muzik seakan angklung.
Tidak ketinggalan, seekor gajah mempersembahkan bakat mewarna dan melukis menggunakan hujung belalainya.
Dan apakah pula ini?
Ini ialah najis gajah, jangan tak tahu najis gajah ini pun berharga. Pada waktunya ada pekerja yang akan menjejak laluan gajah dan mengutip najis, yang akan dikumpul dan dihantar ke tempat proses membuat kertas daripada serat najis gajah!
Gajah pun berbakat melukis!
#thailand #gajah #gajahputihthailand
- Lagi cerita di Chiang Mai http://www.variaseri.com/2020/04/09/gerbang-kubah-kerawang-mercu-tanda-kedai-deko-di-chiang-mai-thailand/