Bugis-Tradition
Salah satu tarian Bugis. Kredit Foto - Islam Indonesia

Adat Budaya Bugis

Selama ini label ‘lanun’ dicanang turun-menurun oleh orang ramai kepada kaum Bugis. Bagi mengelak stigma ini terus melarat tanpa mengetahui sejarah asalnya, PMBS merasakan satu acara perlu diadakan bagi memperkenalkan tradisi dan adat budaya Bugis kepada umum.

Fiesta Warisan Bugis 28-29 Julai 2018 terbuka untuk kunjungan orang ramai.

Pesta Julung Kali

Buat julung kalinya akan diadakan FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG pada 28-29 Julai 2018 di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.

Berlangsung jam 9 pagi hingga 10 malam, Fiesta anjuran Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang itu diadakan atas kesedaran tidak ramai mengetahui mengenai sejarah dan tradisi orang Bugis sebenarnya.

Selama ini label ‘lanun’ dicanang turun-menurun oleh orang ramai kepada kaum Bugis. Bagi mengelak stigma ini terus melarat tanpa mengetahui sejarah asalnya, PMBS merasakan satu acara perlu diadakan bagi memperkenalkan tradisi dan budaya orang Bugis kepada umum.

Pakaian tradisional masyarakat Melayu Bugis

Kerjasama Program

FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG turut mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Juga mendapat sokongan dan penyertaan oleh komuniti Bugis di negeri lain, di samping beberapa negara lain seperti Batam dan Singapura.

Acara

Adat persandingan masyarakat Bugis

Acara Menarik

Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang dua hari itu, antaranya ;

a) PERSEMBAHAN SENI TARI MELAYU & BUGIS 1. Tarian 4 etnik ( Bugis, Makassar. Mandar & Toraja) 2. Tari Paduppa 3. Tari Indo Logo 4. Tari Pepe-pepeka Ri Makka (tari api)

b) PENCAK SILAT ALIRAN BUGIS

c) PERTANDINGAN BUSANA TRADISI BUGIS

d) KULINARI MASAKAN TRADISI BUGIS

e) PAMERAN SENJATA DAN BUSANA BUGIS

Acara ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Gmie Screen, Bagio Damasutra dan Ali XPDC pada sebelah malam.

Orang ramai dijemput hadir ke acara ini untuk mengenali sejarah Bugis dengan lebih lanjut, sambil berhibur dan bersantai dengan aktiviti aktiviti yang diadakan.

Persembahan silat di acara majlis perkahwinan masyarakat Bugis.

Keterangan lanjut mengenai acara, hubungi;

Hajjah Noor Aini (BONDA): +6019-3131282 En Saleh Arshad: +6019-3073412 Email: im@hijrahnurain.org FB: www.facebook.com/PMBSKLANG

Emel: im@hijrahnurain.org FB: www.facebook.com/PMBSKLANG

#FiestaWarisanBugis #PersatuanMelayuBugisSelangorPMBS #TarianBugis #AdatPersandinganBugis #PakaianBudayaTradisionalBugis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here