Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi.

Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban. (muftiwp.gov.my)


Amalan pada malam Nisfu Sya`ban

Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban.(muftiwp.gov.my)

Berikut adalah amalan nisfu Sya’ban yang menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia:

1. Solat Sunat Nisfu Sya`ban

Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat sunat mutlak, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Cara mengerjakan solat sunat Nisfu Syaban

1. Lafaz niat:

niat solat sunat nisfu syaban

Usolli sunnata lailati nisfi sya’bana rak’ataini lillahi taala

Maksud:

Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala

2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
4.  Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.


2. Membaca Surah Yasin

Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.

Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak dengan niat supaya:

  1. Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
  2. Menambah rezeki
  3. Ditetapkan dan meningkatkan iman.

3. Doa Nisfu Sya`ban

Selepas selesai membaca Yasin, bacalah doa nisfu syaban.

Antara doa malam nisfu syaban yang boleh dibaca adalah seperti berikut:

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda. Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan. Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami. Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.” Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia. Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.




Kesimpulannya, kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit berdasarkan hadith yang kami nyatakan di awal perbahasan iaitu Allah SWT akan turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban dan mengampunkan hamba-hamba-Nya. Dalam masa yang sama, tidak ada amalan yang khusus pada malam nisfu Sya’ban melainkan amalan-amalan yang bersifat umum. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asal di dalam agama. Amin.(muftiwp.gov.my)



Sumber rujukan:

Apakah status hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban (malam pertengahan bulan Sya’ban) dan juga amalan yang berkaitan dengannya?

Boleh baca jawapan dari sumber Mufti Wilayah Persektuan: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1121-irsyad-al-hadith-siri-ke-70-kelebihan-malam-nisfu-sya-ban

Malam Nisfu Syaban: Kelebihan, Doa & Amalan Yang Digalakkan
Sumber dari https://akuislam.com/blog/mauidzah/kelebihan-malam-nisfu-syaban/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here