Ilham Reka Hias. GITAR LAMA BUAT RAK COMEL

GITAR LAMA DIBUAT RAK MINI

Gitar rosak jadi rak. Kredit foto – Google
  1. Gitar lama anda sudah tidak berguna lagi. Namun sebagai barang kesayangan, apa salahnya terus disimpan untuk kegunaan lain pula. Gitar ini sengaja dicabut salah satu penutup, kemudian dipasangkan rak. Ia boleh diletak di sisi dinding ruang tamu, untuk mempamerkan sesuatu.

4 BAHAN BERGABUNG JADI UNSUR PENYERI – GELAS, KULIT KERANG, LILIN, PASIR

2. Gelas lut sinar, lilin dan kulit kerang. Tiga benda bergabung untuk membentuk satu produk hiasan meja. Misalnyanya  gelas kaca ukuran besar ini dimasukkan pasir halus dan lilin sebagai penerang ruang. Apa salahnya meniru langkah DIY orang lain untuk manfaat sendiri?

Cangkerang kerang menyeri bekas lilin daripada gelas. Kredit foto – Google

KUASA CAT MENGUBAH IMEJ

decoration item
Sapuan cat mengubah imej sebuah perabot. Kerusi ini tampil memukau dengan cat biru pekat.
Kredit Foto – Google
  1. Ilham reka hias. Kerusi kayu yang rosak tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jika terus dibiarkan ia akan bertambah rosak dan mungkin tidak boleh berfungsi lagi. Sebelum rosak terus, apa salahnya dicat baru. Cat yang sempurna, mampu melindungi permukaan bahan perabot berkenaan daripada cepat rosak.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here