small kitchen
Mengurus ruang dapur sempit. Kredit foto - Google

Menata Ruang

TEMPAT BERSANTAI DAN MENCARI ILHAM DIBALKONI

Balkoni kecil selalunya dibiarkan kosong atau dijadikan tempat meletak barangan yang tidak diguna. Mengapa tidak dimanfaatkan ruang itu sebagai salah satu tempat kegemaran untuk diduduki? Buang semua barang tidak perlu dan ubah suasana menjadi ruang lepak atau bersantai yang yang mendamaikan.

Lihat sahaja balkoni ini yang diperindahkan dengan tanaman pokok jenis menjalar, ditanam dalam pasu rapat ke dinding. Pokok dibiarkan tumbuh menjalar ke rangka besi melengkung yang dibina bagi memberi teduhan kepada ruang di bawahnya.

Letakkan kerusi atau apa saja jenis tempat duduk, supaya anda boleh beristirahat di situ. Bosan duduk terkurung di dalam ‘rumah merpati’ (pangsapuri, flet), sekali sekala duduk pula di balkoni atau beranda, sambil mengambil angin atau mencari ilham. Dengan syarat kemaskan balkoni secantiknya dulu, barulah ada hati nak duduk.

Ruang balikoni selepas di hias. Kredit folto – Google.

TAK ADA TEMPAT NAK SIMPAN TANGGA, JADIKAN TEMPAT SIDAI TUALA DI BILIK AIR.

Adakah anda mempunyai tangga yang tidak tahu di mana hendak disimpan? Kreatiflah dalam menata ruang. Apa salahnya diletak di bilik air atau di bilik tidur dan dijadikan tempat sangkut tuala seperti ini. Bergantung kepada jenis, sama ada tangga dua kaki menegak atau condong (disandar pada dinding), letak ia di sudut ruang ataupun tengah bergantung kekosongan tempat.

Seragamkan warna tangga, agar ada kesinambungan dengan warna tema ruang. Misalnya di sini warna logam tangga diseragamkan dengan warna kerusi. Sewaktu meletak tuala dengan cara `sidai’ pastikan ia dilipat kemas dahulu. Letak di bahagian tengah palang, betulkan kedudukan tuala atau kain agar berada elok di tengah palang. Jika susunan elok, barulah wujud suasana kemas dan ceria di bilik mandi.

Tuala disidai di palang tangga, menyelesai masalah tiada tempat untuk disimpan. Kredit foto – Google

TAK CUKUP RUANG SIMPAN, GANTUNG PALANG DI SILING UNTUK LETAK PERIUK BELANGA

Ruang dapur yang sempit menimbulkan masalah kerana tidak cukup tempat menyimpan
barang. Ruang letak kabinet pun terhad. Bagi mengatasi masalah ini, apa salahnya dipasangkan penggantung logam yang kukuh di siling dan jadikan ia sebagai tempat menyangkut peralatan periuk belanga yang diguna seharian.

Ini bukanlah cara simpanan baru rekaan zaman sekarang, malah ia sudah lama diamalkan lama dulu di rumah-rumah desa, yang tidak mempunyai kelengkapan kabinet dapur.

Dengan mewujudkan para gantung di siling, sekurang-kurangnya peralatan memasak yang diguna setiap hari senang nampak di para. Dengan pandangan yang jelas di para itu, barang simpanan mudah dicapai apabila hendak diguna.

Balcony interior
Mengurus ruang dapur sempit. Kredit folto – Google

TAK ADA TEMPAT NAK LETAK KASUT, INI CARANYA YANG BOLEH DICUBA.

Kasut yang banyak jika dibiarkan bersepah di muka pintu tentunya merimaskan. Apa salahnya
disimpan dalam bekas bakul seperti ini? Ilham ini menampilkan penggunaan bekas seperti bakul
sampah yang disusun dalam keadaan tumbang dengan permukaan menghadap. Apabila disusun banyak-banyak begini, nampak unik pula kan?

Simpan kasut dalam rak lubang. Kredit foto – Google

Demikian empat tip menghias daripada admin, selamat mencuba.

Lagi tip menghias di bawah

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here