covie-19-virus
Virus Covid-19, ujian buat manusia sejagat. Kredit foto wslmradio

Wabak Covid-19

“Kali ni semua orang terkesan, satu dunia…orang banyak duit pun duduk melengung tak boleh ke mana mana. Tak seorang pun yang senang di hati. Allah menguji.

covid-19 Virus
Wabak Covid-19 pantas tersebar di seluruh dunia. Kredit gambar – The Economist

Allah boleh menguji pada satu satu hambanya, Allah juga boleh menguji kepada semua orang secara serentak. Hatta satu dunia!
ALLAHU…..Ujian Covid-19

Itulah dia hakikat, betapa kerdilnya kita sebagai seorang insan.

Kita dan apa saja dalam genggaman, bukan milik kita, bukan milik sesiapa, melainkan milik-NYA jua.

DIA Yang Maha Berkuasa..
DIA Pencipta…
Jangan dilawan aturan-NYA.
Ya Allah, ampunkan kami.
Kepada MU kami memohon simpati.

Wabak Covid-19, sila pergi jauh ke tempat asalmu.

Bait monolog takala merenung musibah yang sedang menimpa satu dunia. Terlalu banyak maklumat disalurkan menerusi media sosial meliputi segala sudut berkait Covid-19.

Satu dunia memperkatakannya, satu dunia huru-hara, Covid-19 mendominasi carta cerita lain di saluran media perdana mahupun media sosial. Kini seakan tiada cerita lain yang lebih penting mampu mengalahkan cerita wabak yang dikatakan bermula dari Wuhan, China itu.

Pada mulanya kita menyalahkan pihak yang menghasilkan virus, namun apabila difikir secara mendalam ianya tidak lain dan tidak bukan adalah musibah yang diturunkan oleh Sang Pencipta@Yang Maha Kuasa.

Amerika Syarikat dan China saling menuduh dalam kes tersebarnya virus itu, masing-masing menyalahkan pihak satu lagi sebagai pemula angkara, yang pastikan siapa pun tidak akan mengaku. Negara kuasa besar dengan muslihat perancangan yang tidak dapat ditelah, negara kuasa kecil hanya mampu melihat dan menanggung kesannya.

Musibah berlaku di muka bumi ini selalunya akibat tangan rakus manusia sendiri. Melaluinya ujian diturun, kalau dulu hanya membabitkan kawasan tertentu tetapi kali ini menyaksikan sedunia terkesan.

Maksiat dan perlanggaran hukum alam oleh masyarakat sedunia, sudah tidak terkawal lagi. Punca ini tidak dinafikan terkait dengan fenomena yang sedang berlaku, kerana ciri semula jadi alam itu sudah kian pupus.

Justeru itu juga turunnya bala, untuk memberi peringatan kepada golongan yang lupa diri, golongan yang mendabik dada kononnya merekalah terhebat, boleh bebas berbuat apa saja, sedang hakikatnya kuasa yang ada pada mereka hanya pinjaman daripada Allah semata-mata.

Pandemik Covid-19. Sampai ke tahap ini, masih misteri siapa empunya angkara. Lupakan soal itu. Fokus kepada ujian yang kita sedang hadapi akibat penularan wabak itu. Kerana virus halimunan (tak nampak oleh mata kasar) itu, ramai dalam kebimbangan dan ketakutan.

Sebagai orang Islam, kata Ustaz Donn, kita kena kembali kepada agama kita. Kembali berpaling kepada perintah dan aturan Allah, memandangkan masyarakat dunia kini semakin tersasar daripada landasan matlamat asal penghidupan kita sebagai hamba Allah SWT.

Apa pula kaitan penyakit dengan Islam? Soalnya Ustaz Donn. Menurut beliau, apa saja penyakit, tidak perlu nak dihairankan kerana penyakit baru dan pelik sebelum ini pun pernah ada.

Dalam sejarah manusia, memang ada orang kena penyakit pelik, ceritanya ada dalam alquran. Nabi Ayyub Alaihissalam, pernah diuji sakit pelik dan teruk dalam tempoh lama, sehingga dibenci semua orang kecuali isterinya, setia menjaga dan merawat. Isterinya tabah menjaga Nabi Ayyub walaupun dia sendiri dalam kesusahan, kehabisan harta sehingga terpaksa mencari kerja.

Namun pada penghujungnya Nabi Ayuub sihat, dikembalikan semula ahli keluarga dan hartanya. Bagaimanakah Nabi Ayyub mendapat kesembuhan tu?

Wabak Covid-19 Bersambung.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here