pumkin recipe

3 RESIPI LABU

(Kredit foto atas: Medium)

Labu sinonim dengan kegerunan bagi mereka yang mempunyai penyakit gangguan angin. Pada masa sama, satu hakikat tidak boleh disangkal, labu adalah makanan berkhasiat, yang menjadi makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Justeru labu tergolong dalam jenis makanan sunnah, yang perlu diberi perhatian, bukan sekadar memandangnya sebagai makanan pantang dimakan oleh mereka yang berpenyakit itu dan ini.

Tahukah anda labu diabadikan oleh Allah SWT dalam al-Quran, buktinya semak surah As Syafaat ayat 146 : “dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon daripada jenis labu.”

Ternyata labu seangkatan makanan sunah lain seperti Zaitun dan kurma. Ada laporan menyebut, labu (Cucurbita Maxima) boleh meningkatkan kecergasan minda. Ia dikatakan dapat menambah selera makan dan memberi kesan baik kepada kelenjar prostat terutama di kalangan lelaki tua.

Selain itu, labu juga dilaporkan baik untuk penyembuhan kulit, berdasarkan kisah ketika Nabi Nuh membersihkan diri selepas berjaya keluar daripada perut ikan paus, dia menemukan labu untuk memulihkan keadaan dirinya.

Lebih daripada itu, labu juga dikatakan berupaya menguatkan jantung serta menurunkan berat badan. Bukan sahaja isi buah labu baik untuk kesihatan bahkan daunnya juga berkhasiat.

Buah labu ialah sumber vitamin A, zat besi dan zat kapur. Bijinyanya pula boleh mengeluarkan cacing pita daripada usus besar, selain dapat menaikkan tekanan darah, kaya zink, magnesium dan asid amino.

Berikut 3 resipi labu yang boleh anda sediakan

Pengat Labu Bersusu

pumpkin pengat
Pengat Labu

BAHAN

200 g labu, didadu

Air untuk merebus

8 g gula

150 ml santan

75 ml susu segar

Sedikit air

1 helai daun pandan, disimpul

1 camca teh esen vanilla

Sedikit garam

CARA MEMBUAT

  1. Rebus labu hingga empuk, angkat dan sejukkan.
  2. Masak gula bersama santan, susu, sedikit air dan daun pandan. Apabila gula larut, masukkan esen vanila dan garam.
  3. Apabila mendidih, masukkan labu dan masak seketika. Kemudian angkat.
Pengat labu bersusu. Kredit Foto – Jelita 2000

Nota: Bagi mencantikkan pengat, masukkan sedikit sagu biji yang diwarnakan. Jika suka, boleh masukkan 50 g gula melaka.

Mafin Labu Berwalnat

Mafin Labu Berwalnat. Kredit Foto – Jelita 2000

BAHAN

250 g mentega

200 g gula halus

50 g gula perang

5 biji telur

250 g serbuk penaik

50 ml susu segar

1 camca teh esen vanila

100 g labu kuning diparut

50 g walnut cincang

Sedikit walnut untuk hiasan

CARA MEMBUAT

  1. Pukul mentega bersama gula halus dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur berselang-seli dengan tepung dan kaup balikan hingga sebati.
  2. Masukkan susu, esen vanila, labu dan walnut cincang. Gaul rata.
  3. Tuang adunan ke dalam acuan muffin yang dialas Cawan kertas. Atur walnat di atasnya dan bakar 30 minit pada suhu 180 darjah Celsius atau hingga kekuningan.

Nota: Labu boleh digandingkan dengan orenn atau prun, jika suka, cincang labu rebus dan tabur di atas muffin sebelum dibakar.

Kroket Labu

Kroket Labu. Kredit Foto – Jelita 2000

BAHAN

200 g labu kuning direbus dan dikisar

100 g labu kuning, diparut

3 tangkai daun sup, dicincang

3 tangkai daun bawang, dicincang

2 ulas bawang putih, ditumbuk

2 biji bawang merah, ditumbuk

Sedikit tepung

1 biji telur

60 – 70 g serbuk roti

Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

UNTUK MENGGORENG

50 ml putih telur, dipukul

90 g emping jagung dikisar halus

Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT

  1. Gaul semua bahan sehingga sebati dan buat bebola kecil.
  2. Celup bebola di dalam putih telur dan golekkan pada emping jagung. Goreng hingga kroket garing.
Labu Kuning. Kredit Foto – Medium.com

Sumber Resipi: Majalah Jelita 2000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here