
PERMAINAN ANAK – Anak zaman Millenium
Kita kini berada pada zaman Millenium. Menjelang tahun 2020, gaya hidup masayarakat global sudah banyak berubah, berbanding 10 dan 20 tahun silam.
Bukan sahaja pekerjaan bergantung kepada alat digital, komputer dan telefon bimbit, malah kalangan kanak-kanak juga kuat dipengaruhi peralatan berkenan seawal pandai melihat dan mendengar.

Dengan perubahan sama di peringkat global, kanak-kanak zaman ini terpasung minda dengan permainan alat digital. Kecil-kecil lagi sudah disogok dengan alat berkenaan, sama ada di medium telefon mahupun komputer.
Biarpun alat digital mempunyai kebaikan tersendiri daripada paparan informasi dan ilmu, namun kealpaan memantau boleh memberi keburukan kepada si anak jika dibiarkan leka bermain dengannya.
Dari sehari ke sehari semakin kuat pengaruh layar skrin, lantaran ibu bapa kerap kali mengambil jalan pintas memujuk anak dan dilekakan dengan alat permainan dan tayangan di skrin. Ini sesungguhnya amat tidak wajar.
Permainan Nyata
Mengimbau zaman kanak-kanak sebelum 90-an, alat permainan mereka dalam bentuk nyata. Bermain dengan alat yang boleh dipegang dan mempunyai bentuk, lebih bermakna berbanding hanyut dalam arus digital. Ada baiknya juga ibu bapa mengimbangi aktiviti anak-anak pada masa ini antara bermain alat permainan digital dengan nyata.
Kesan kepada anak
Dengan bermain alat permainan membabitkan seorang mahpun berkawan, secara tidak langsung anak mengembangkan kemahiran motor (motor skills), membantu mereka meluahkan perasaan, belajar berkongsi, bekerjasama dalam mengetuai dan menunggu giliran serta memperkaya penggunaan bahasa.
Daya tumpuan juga bertambah, mereka bijak menyesuai diri dengan keadaan, berupaya megembang daya khayalan dan kreativiti, bahkan tekun dan memberi tumpuan perhatian.
Anak yang tidak terdedah kepada permainan dikatakan boleh menjejas perkembangan minda mereka.
Kalau pun tidak diberi permainan, hanya dengan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara, sudah memadai kerana fikiran mereka boleh berkembangan. Dengan menggunakan barang permainan memberi mereka pengalaman bermain dan ini amat penting. Ia berupaya memenuhi semangat hidup dan daya ingin tahu kanak-kanak.
Pilih permainan ikut peringat usia
Sesungguhnya, kanak-kanak perlu diberi permainan sesuai peringkt usia. Bayi baru lahir banyak bergantung pada deria sama ada rasa, sentuh, hidu dan lihat. Peringkat ini hingga tiga bulan, pilih alat permainan yang boleh dipegang, digenggam digoncang atau dipicit dan ini membantu perkembangan jasmani, kognitif serta sosial bayi.
Pada usia empat hingga enam bulan bayi sudah boleh duduk dan merangkak, mengambil permainan yang tidak bergerak terlalu pantas.
Kemahiran pembelajaran perlu didedah sejak kecil, ia merangkumi permainan merangsang perkembangan bahasa seperti huruf dan perkataan, nombor dan matematik, bentuk, ukuran dan warna hinggalah kepada menyelesaikan masalah, selain membentuk kemahiran sosial dan emosi serta perkembagan deria.

Tahap had tumpuan
Daya imiganasi kanak-kanak ada kala terbatas juga, jika mereka mudah bosan pada sesuatu permainan ini adalah lumrah, hakikatnya keupayaan tumpuan anak kurang daripada 30 minit bergantung pada keadaan persekitaran dan moodnya.
Satu perkara lagi yang hendak disebut di sini, ialah mengenai perkaitan jenis permainan dan jantina anak. Seandai anak lelaki suka bermain anak patung atau memasak selalunya dianggap tidak wajar kerana ia permainan perempuan, begitu juga sebaliknya. Tidak perlu risau, ini adalah anggapan taradisional, beri anak peluang mencuba dan mengalaminya sambil ibu bapa memantau. Mereka akan menunjukkan minat pada apa yang mereka sukai.
Anak hyperaktif
Ibu bapa sering berhadapan dengan anak yang hyper. Kurang air dikatakan punca anak hiperaktif, ini mengikut kajian. Punca lain mungkin juga kerana anak tidak cukup tidur, justeru pastikan mereka mendapat rehat secukupnya setiap hari. Banyak minum air akan lebih mencergaskan kegiatan jasmani mereka.
Hakikatnya anak yang suka bermain biasanya mencapai paras tertinggi dalam perkembangan intelek. Mereka lebih gembira, mudah bekerjasama dan senang menyesuaikan diri.
Panduan Mengenai Permainan
- Bergembira, bermain dengan anak sesering mungkin.
- Perhatikan ketika anak bermain, ini memberi panduan perkembangan anak seterusnya.
- Tingkatkakan daya kreatif dan ikut kehendai anak.
- Luang masa secukupnya untuk anak bermainan, anak mudah belajar apabila diberi peluang mencuba dan meneroka.
- Pilih permainan bersesuaian usia perkembangan anak.
- Pastikan permainan selamat dengan menguji daya tahan dan keselamatannya.
- Pilih permainan yang menghiburkan dan menarik perhatian anak.
- Sekali lagi, jangan lupa pilih permainan sesuai ikut usia anak.
- Yang ini juga penting. Sebelum beli barang permainan baca dulu label panduan amaran bertulis.
Contoh permainan bukan digital.
[…] http://www.variaseri.com/2020/04/03/permainan-sesuai-galak-anak-bermain-alat-permainan-nyata-bukan-d… […]