MENGHILANGKAN BAU BUSUK
1. Cuci tong sampah sebelum ganti dengan plastik sampah baru
Cuci dan sental tong sampah anda bagi mengelakkan kotoran yang melekat di tong sampah. Kotoran dan bakteria yang melekat akan menyebabkan bau rumah yang agak kuat yang kurang menyenangkan. Sentiasa amalkan dengan mencuci tong sampah dan barulah letak semula plastik sampah yang baru.
MENGHILANGKAN BAU BUSUK
2. Cuci karpet anda dengan 1/3 Cuka dan 2/3Air
Karpet adalah salah satu sumber yang menyebabkan bau rumah yang busuk. Vakuum/menyapu karpet tidak akan menghilangkan bau-bauan yang melekat diatas karpet rumah anda. Cuci karpet anda dengan bahan yang mudah iaitu dengan mencampurkan sukatan 1per3 cuka + 2per3 Air. Sental dan cuci karpet anda menggunakan bancuhan cuka dapat membuang bau dan aroma busuk dari karpet. Pastikan bilas semula dengan air sehingga bersih dan jemur!
3.Letak bawang di kawasan terperap (basement)
Kalau rumah anda ada jenis ‘basement’ dan kawasan yang terperap (tanpa laluan udara). Belahkan seulas bawang besar dan biarkan semalaman untuk menyingkir bau terperap di kawasan terperap.
4. Buang segala humus/kulat hijau yang melekat di dalam rumah
Kebiasaanya humus/kulut yang selalunya berwarna hijau dan hitam ini sering wujud di dalam bilik mandi. Anda boleh mencuci dengan membuat bancuhan ( 1baldi air + 1cawan bleach). Dan sental menggunakan berus di kawasan humus/kulut sehingga bersih. Pembersihan humus/kulat ni bukan sahaja membantu membuang bau busuk malahan dapat menghapuskan punca pembiakan bakteria dirumah.
5. Jangan simpan kasut busuk dalam almari terperap
Kasut juga merupakan salah satu punca bau hapak dan busuk dirumah jika dibiarkan lama didalam almari. Kaedah untuk hilangkan bau hapak pada kasut adalah dengan meletakkan ‘Baking Soda’ kedalam kasut anda semalaman, keesokan harinya anda boleh mebuang semula baking soda dan bau hapak dapat disingkirkan. Ulang sehingga bau hapak/busuk itu hilang.
6. Cuci bahagian luaran ‘Washing machine’ /Mesin basuh
Tahukah anda, setiap kalai kita menggunak mesin basuh/washing maching. Akan ada cecair yang akan merebak keluar kawasan permukaan washing machine. Kotoran/cecair yang melekat disekitar mesin basuh in menyebabkan bau rumah busuk. Gunakan bleach + air suam untuk mengelap mesin basuh anda. Setiap kali anda tidak menggunakan mesin basugh, pastikan pintu mesin basuh itu dibuka bagi membiarkan pengudaraan pada bahagian dalamnya.
7. Ikat pokok ‘thyme’ + ‘lemon balm’ + ‘rosemary’ dan gantungkan dalam bilik mandi
Pokok ‘thyme’ + ‘lemon balm’ + ‘rosemary’ adalah tumbuhan semulajadi dengan bau yang sangat kuat. Ikat kesemuanya dan gantungkan didalam bilik mandi anda untuk memberikan kesegaran dalam bilik mandi. Kalau anda gunakan water-heater di rumah, stim dan wap air dari bilik mandi itu akan menaikkan mood dan bau yang sangat ‘spa’ dan menyegarkan. Boleh cari pokok di nursery berdekatan anda ataupun boleh ke Sungai Buloh
8. Cuci mangkuk jamban dan singki menggunakan cuka
Tips yang paling mudah untuk membersih bahagian bilik mandi anda ialah dengan menggunakan cuka untuk mencuci segala bahagian permukaan didalam bilik mandi. Cuka adalah sangat efektif dalam mencuci dan memberikan nafas baru yang neutral dalam bilik mandi anda
9.Letakkan sekeping lemon di sebelah tong sampah anda
Dengan meletakkan sekeping hirisan lemon disebelah tong sampah anda, bau busuk dari tong sampah dapat dikurangkan.
10. Letak bekas kecil ‘baking soda’ didalam peti ais
Letakkan sebekas kecil yang mengandungi baking soda didalam peti ais untuk memastikan bau dari peti ais anda sentiasa segar dan bau hapak dapat diserap melalui baking soda. Kandungan komposisi kimia dalam baking soda mampu menyerap bau yang kurang menyenagkan dalam peti ais anda
11. Buang bau ikan yang digoreng dengan mendidihkan air cuka
Bau rumah pasti akan sangat busuk dengan bau ikan selepas digoreng. Untuk membuang bau ikan itu, letakkan cuka didalam kuali dan didihkan diatas dapur dengan suhu yang rendah. Kaedah ini mampu menyingkirkan bau gorengan ikan dengan mudah.
12. Dididhkan air dengan kulit limau/buah oren, kayu manis
Jangan buang kulit buah limau/oren. Didihkan air dengan meletakkan kulit limau kedalam didihan air dapat memberikan kesegaran citrus dalam rumah secara semulajadi. Boleh juga diddihkan bersama kayu manis untuk memberikan nafas baru.
13. Sentiasa cuci microwave anda setelah digunakan
Gunakan sponge atau berus untuk membersihkan microwave anda.
14. Pokok ‘indoor’ yang sesuai untuk dalam rumah
Terdapata pelbagai tumbuhan indoor yang sesuai untuk membantu memulihkan udara di rumah agar udara lebih sihat. Secara tidak langsung kita juga dapat menyerikan dekor rumah kita. Antara tumbuhan indoor yang popular ialah Snake plant, English Ivy, Arabian Jasmine.
MENGHILANGKAN BAU BUSUK
15. Bersihkan ‘bekas pasir kucing’ setiap hari
Sentias bersihkan bekas pasir kucing anda setiap hari untuk memastikan bau najis dari kucing tidak merebak keseluruh rumah. Pasir yang mahal tidak 100% menenetukan keberkesanan untuk menghilangkan bau taik/najis kucing ni. Displin harian untuk membersihkan pasit kucing itu adalah tipsnya. Pastikan setiap hari membersihkan najis dan setiap seminggu buang semua pasir dan cuci bekas pasir dengan cuka dan ganti dengan pasir yang baru. Amalkan tips ni dan pasti rumah anda bebas dari bau hancing najis dan kencing kuncing.
Alat modern yang boleh membersihkan udara tidak disenangi di dalam rumah
[…] Ketahui juga tips untuk Hilangkan bau busuk rumah anda dengan tips mudah ini! Baca disini: http://www.variaseri.com/2020/04/01/hilangkan-bau-busuk-rumah-anda-dengan-tips-mudah-in… […]