UJIAN ALLAH

Hati hati bagi orang yang tak diuji langsung oleh Allah SWT. Kenapa? Okey jawab teruslah ya…. kerana ujian itu petanda Allah SWT sedang memberi perhatian kepada seseorang. Kenapa pula yang tidak diuji kena berhati-hati? Dikatakan kalau kita tidak pernah diuji dikhuatiri kita jauh dengan Allah SWT. Allah menarik kita kepadanya dengan memberi ujian supaya kita sedar yang kebergantungan kita sebagai manusia itu tidak lepas daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Ujian itu membuat kita pasrah dan terus berdoa kepada-Nya.

Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk.

Anda mungkin bersedih kerana sedang ditarik rezeki, kemiskinan melanda tiba-tiba. Rugi dalam perniagaan, kehilangan kerja. Impian tidak tergapai. Belum dikurniakan anak? Sedang difitnah. Perhubungan dengan pasangan atau rakan baik sedang melalui persengketaan? Kehilangan orang yang disayangi. Niat baik telah disalah ertikan. Dipulaukan tanpa mengetahui sebab. Kebaikan berpuluh tahun terhapus dek satu kesilapan atau adu domba musuh. Dituduh jahat, menganiaya dan sebagainya. Ada beraneka ragam hal boleh membuat anda bersedih atau marah.

Bukan saja kesedihan, bahkan timbulnya perasaan marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara atau seseorang tu juga ujian.

Dalam apa jua situasi ramai tak sedar dia sedang diuji. Maka jika kita diuji, tenang dan senyumlah. Kerana apa jua bentuk ujian yang menimpa, semua itu datangnya dari Allah SWT. Allah mahu melihat bagaimana kita menerimanya. Bagaimana kita bertindak balas terhadap ujian itu, mungkin disebabkan mertua, boss, rakan dan sebagainya, tidak kiralah siapa puncanya. Yang penting reaksi kita itu, mendedahkan sifat semulajadi diri kita, baik atau buruk, akan dinilai Allah dan orang di sekeliling. Tidak sukar menilainya, jika tenang dan redo kita dalam kategori baik, jika melepaskan kemarahan, meroyan tak tentu hala, sampai lupa diri, buruklah perangainya tu.

Sedari kita bahawanya;

Lagi tinggi darjat kedudukan seseorang di sisi Allah, maka lebih tinggi ujiannya. Orang beriman lagi banyak ujiannya, berpuluh kali ganda daripada kita. Para nabi menerima ujian dengan redo dan mereka lulus dalam semua ujian. Misalnya, Nabi Muhammad SAW mempunyai 7 anak, 6 daripadanya meninggal di hadapan Nabi, kata ustaz dalam video ni. Itu belum dikisahkan bab ujian fitnah dan penganiayaan ke atas baginda.

Nabi Ibrahim perkahwinan pertama dengan Siti Sarah tidak dikurniakan anak. Selepas berkahwin dengan Siti Hajar pada usia 85 tahun (Siti Hajar dipilih oleh Siti Sarah, orang muda). Hanya pada usia 86 Nabi Ibrahim dikurniakan anak, yang sangat disayangi. Usia anak tiga bulan, turun wahyu, ujian lebih besar! (Kisah kena korbankan anak).

Tersenyum saja anda yang jarang diuji ya? Jangaaaann. Kena hati-hati kalau kita tidak menerima sebarang ujian, kenapa? Sesungguhnya kesenangan dan keselesaan itu satu lagi bentuk ujian. Ia ujian lebih besar penyebab kita lalai dan lupa Allah. Diberikan kita kesenangan dan keselesaan berpanjangan kerana pada ketika itu, kita tidak berada dalam senarai perhatian NYA. Ah sedihnya. Tapi ada yang tak sedar tu.

Sekali lagi, wahai hati, sedarilah ujian itu petanda Allah SWT memberi perhatian kepada kita.

Tip menghadapi ujian Allah mudah sahaja;

* Kekalkan kesabaran,

* betulkan kesilapan

* Maaf memaafi, penawar hati

* Teruskan berdoa untuk mendapatkan pertolongan Allah swt.

Sekilas renungan, peringatan buat diri sendiri.

Lagi artikel mengenai kenapa kita diuji oleh Alllah SWT

2 COMMENTS

  1. […] By Admin – December 18, 2017 1448 0 Share Facebook Twitter Pinterest WhatsApp doa selepas solat subuh dan maghrib. Ujian Hidup. Kenapa kita diberi ujian hidup atau sakit berterusan oleh Allah SWT? Ceramah agama, selalu ada sahaja nasihat berulang-ulang daripada ustaz. Mungkin terdetik di hati kita, ala dah tahu dah, tetapi ada yang alpa. Jadi bagus juga nasihat berulang daripada ustaz tu. Peringatan kali ini mengenai, Kenapa kita diberi ujian atau sakit berterusan oleh Allah SWT. Teringat satu kata-kata ceramah – “Hanya orang disayangi sahaja diuji oleh Allah” maksudnya – kepada sesiapa sahaja sedang ditimpa keksusahan, sakit atau ujian apa bentuk sekali pun, ingatlah bahawasanya kita ini dipilih oleh-Nya untuk diuji, sebab apa? Kenapa kita diberi dugaan seperti sakit berterusan oleh Allah SWT? Diberikan dugaan tengah kita dalam keadaan sihat, gembira, senang, bahagia dan leka, untuk menarik kita supaya kembali mengingati-Nya – Ustaz Malik Al–Furqon. Ulasan kenapa kita diberi ujian atau sakit berterusan oleh Allah SWT. Mungkin ujian itu agak lama, untuk buat kita terus sebati mengingati-Nya, apabila sudah mengingati dan mengerjakan perintah-NYA secara rutin, bermakna Alhamdulillah, sudah kembali kukuh ikatan kita dengan-NYA, Kasihnya-DIA kepada kita, diberikan dugaan yang agak lama supaya kita terus mengingati-NYA.   Kata kunci pagi ini adalah “IKATAN ALLAH” . Hidup semua makhluk di maya ini terikat perjanjian dengan-NYA.   Ya Allah, Ampunkan kami yang leka.   http://www.variaseri.com/2020/03/30/rahsia-ujian-allah-mengapa-anda-diuji-dan-tip-bagaimana-menghada… […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here