kidney
Sayangi buah pinggang anda. Kredit gambar - Jawapos

Penjagaan buah pinggang dan diabetik

Seorang netizen, Kaklia Mohdrashid (Kaklia), menulis di laman muka bukunya. Menurut Kaklia, reading gulanya, dari 9 turun ke 4.6 sahaja.  Berat badan terkawal, kekal. Kalau dulu masa muda, nak turun berat badan 1 kg pun payah, tetapi sekarang beliau sangat berpuas hati dengan keadaan fizikalnya.

Apabila kadar gula dalam darahnya terjaga, beliau dapat mengawal masalah diabetik, sekali gus turut menjaga kesihatan buah pinggangnya. Sebagaimana kita ketahui penyakit diabetik dan buah pinggang adalah sinonim. 

“Selepas mengetahui amalan pemakanan Rasulullalh Saw, berat badan  saya maintain 49 kg hingga  50kg dan  BMI dakan 23 saja,” tulisnya dalam catatan mengenai petua penjagaan buah pinggang dan diabetik.

Kagum dengan kesungguhan Kaklia menjaga pemakanan, saya sempat menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan.

Menurutnya, pada sebelah pagi, beliau makan buah dan barli untuk sarapan. Mix csia seed dengan susu penuh krim atau susu segar dengan barli yang telah direbus dan dikisar bersama strawberry dan bluberry serta tambahan sedikit madu. Tambahnya, chia seed perlu direndam terlebih dahulu sehingga kembang. Memang kenyang hingga pukul 2 pm.

http://www.variaseri.com/2017/12/12/petua-merawat-pelbagai-penyakit-dari-al-marhum-tuan-guru-dr-haron-din/

Katanya, beliau dan suami mengamalkan menu itu.

Menu tengahari pula, beliau masak sayur mix dengan sedikit sos spaghetti dan letak sedikit sos pizza, cauliflower letak banyak sikit, capsicum merah dan hijau cendawan shitake, selery dan juga kobis.

“Sayur boleh guna pelbagai, misalnya brokoli, kobis ungu atau sayur lain seperti baby spinach pun boleh.

Sebelah, lebih suka ambil salmon dan aspragus atau cendawah shitake. Seminggu sekali sahaja makan nasi itu pun beras Faiz rendah kolestrol.

Sekali sekala, “Saya buat beriani kambing Alhamdullah berat badan tak naik langsung lebih bertenaga.”

Pada waktu sama, rajin senaman, paling tidak jalan kaki,.

“Saya lebih suka buat squate selepas zohor 100 kali dan sebelah petang 100 kali, hujung minggu lebih suka buat ber aerobik sebab semasa muda dah biasa ber aeraobik,” jelasnya yang kini berusia 57 tahun.

Menurutnya lagi, arwah mak dia dulu diabetik.

“Dulu tak ada ilmu mengenai pemakanan tapi Alhamudilllah sekarang ada. Satu lagi, selalu puasa isnin dan khamis serta hari putih. Sekarang ni makan sikit pun dah kenyang,” ujarnya.

Wow sungguh konsisten, memang salut kepada Kaklia. Kalau bertanding, boleh bagi hadiah kepada Kaklia. Sungguh rajin dan teliti menjaga pemakanan dan kesihatan mengikut nasihat doktor.

Jika anda pun mahu sihat seperti Kaklia, dan mengalami masalah gula dalam darah tinggi, apa kata ikut amalan Kaklia. Namun kata Kaklia, seeoloknya ambik reading gula dahulu, berat badan dan ketinggian, barulah boleh set action plan. Wah begitu teliti sekali nasihatnya.

Kaklia adalah salah seorang individu yang mementingkan penjagaan kesihatan dan sentiasa merujuk dan menimba ilmu daripada doktor pakar antaranya Dr Jue dan Dr Jason Fung.

Dr Jason Fung dikatakan telah menghasil tidak kurang dari 3 buku, mengandungi ilmu mengenai penjagaan kesihatan, khususnya dalam bidang sakit buah pinggang dan diabetik.

Kita semua berterima kasih kepada Kaklia di atas perkongsian pengalaman di atas.

Selamat mencuba!

Untuk kesihatan baca juga http://www.variaseri.com/2020/03/22/petua-penyakit-resdung-darah-tinggi-jantung/

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here