
Selain menggunakan pupur tersedia di pasaran, kita boleh buat pupur asli dengan bahan lebih berkhasiat serta baik untuk kulit berjerawat dan tidak bermaya.

Caranya, apabila memasak nasi, ambil secamca air beras yang menggelegak dan sejukkan. Kemudian sapukan air beras itu pada muka hingga ia kering dan meresap di dalam kulit. Selepas itu barulah dicuci bersih.
Amalkan 1 hingga 2 kali seminggu. Insya Allah, jerawat cepat kering, wajah jadi halus dan segar.
Petua lain untuk penjagaan kulit muka ialah guna kulit pisang di sapu pada kulit wajah.
Serbuk Kopi Haluskan Kulit
Kulit anda kasar dan berdaki, tidak berubah apabila disental dengan sabun biasa. Sesetengah orang cenderung membeli produk body scrub untuk melembutkan kulit dan menyental daki pada tubuh.
Mahu tahu cara mudah untuk melembut dan menghaluskan kulit tanpa mengeluarkan banyak belanja? Caranya ialah dengan menggunakan bahan semulajadi atau alami. Ini lebih baik daripada menyapu bahan yang diproses menggunakan unsur kimia.

Caranya, ambil hampas kopi, gosok pada seluruh tubuh. Biarkan 10 minit, kemudian cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu. Insya-Allah, anda akan dapati kulit anda halus dan licin. Daki pun hilang.
Sukar untuk mendapatkan hampas kopi, boleh beli body scrub daripada serbuk kopi yang sudah diproses oleh kilang. Beli dan terus boleh dipakai mengikut aturan yang disyorkan.

Penawar Ruam Panas Bayi
Bagi melegakan ruam panas bayi, ada caranya. Pernah dengar kanji nasi? Cara untuk menghasilkan kanji nasi ialah masak nasi sehingga menjadi bubur.

Kemudian ambil sedikit bubur nasi berkenaan dan sejukkan. Perah kanjinya menggunakan kain jarang. Sapukan ia pada ruam di badan bayi.
Insya Allah hasilnya mujarab. Kalau tidak cuba tidak tahu. Mungkin ia serasi, lagipun tidak ada bahayanya menggunakan bahan alami daripada beras.
Kuasa Air Minuman Ke Atas Kulit

Satu lagi petua untuk mendapatkan kulit wajah yang segar ialah dengan meminum banyak air, bukan berlebihan tetapi secukup yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.
Bukan sahaja kulit muka bahkan semua bahagian kulit akan terkesan baik apabila tubuh mendapat cukup air.
Tanpa air yang cukup kulit akan menjadi kering dan gelap, anda tentunya tidak suka dengan penampilan kusam serta tidak bermaya kan? Justeru, minumlah air secukupnya. Jangan sampai tubuh mengambil air daripada anggota dalaman tubuh anda dan menjejaskannya.
Baca juga panduan di bawah