Keadaan wabak Coronavirus telah memaksa sebahagian besar rakyat Malaysia diperintah untuk ‘stay-at-home’ bagi menghindari daripada jangkitan virus tersebut. Kesan daripada wabak ini telah membimbangkan ramai sekiranya menjejaskan ekonomi negara dan status kehidupan anda. Sementara mengisi masa anda, jom tonton 5 filem yang boleh memberi pengajaran yang berkait rapat dengan isu dystopia, sosio-ekonomi dan pandemik. Semoga bermanfaat buat semua! #stayathome


1. Contagion (2011)

Filem yang sangat sangat dekat dengan situasi dan keadaan di zaman wabak Covid-19 (Corona) yang sedang melanda dunia kita ketika ini. Mengisahkan sebuah thriller bagaimana penyakit dan wabak merebak, kesulitan dalam mencari penawar dan dimana konspirasi ‘theoris’, orang tak bertanggungjawab dan pihak berkaitan dalam menyelesaikan masalah penyakit ini.

2. The Platform (2019)

Filem ini sangat ‘disturbing’ dan ‘dark’ yang mengisahkan keadaan penjara di masa hadapan. Dimana penulis ingin menceritakan tentang strata-masyarakat, ketuhanan, kapitalis, individualis dan segala jenis penyakit dikeadaan yang terdesak. Sangat mendalam mesej yang ingin disampaikan sehingaa susah untuk di-intepretasi…

3. Parasite (2019)

Masterpiece, dah lama tak tengok filem yang menarik dan hampir sempurna macamni dari plot, lakonan, cinematograophy dan segalanya! dan tak tahu filem ini dalam kategori/genre apa sebab terlalu masterpiece untuk dikategorikan. Direktor filem ini mengklasifikasikan filemnya adalah sebuah ‘Dark Comedy’. Sebuah filem korea yang menceritakan tentang mesej sosial berkaitan ‘class’ dalam kehidupan kita. Dan seperti nama tajuknya ‘Parasite’, itulah mesej yang ingin disampaikan.

4. Snowpiercer (2013)

Snowpiercer merupakan sebuah cerita sci-fi yang sangat unik! Dimana ia menceritakan tentang masa hadapan. Perubahan iklim sejuk yang telah membunuh seluruh penduduk didunia, yang tinggal hanyalah orang yang berada didalam keretapi yang tidak berhenti berjalan mengelilingi dunia. Mesej yang ingin disampaikan dalm filem ni sangat bijak!

5. Kingdom (Series 1-2) (2019)

Sebuah filem series dari Korea yang sedang popular di Netflix ketika ini. Mengisahkan tentang manusia yang dilanda wabak virus yang membuatkan manusia bertukar menjadi ‘zombie’. Disamping dunia dalam kekalutan melawan zombie, wujud juga konflik seorang putera raja yang cuba menyelematkan rakyatnya dan politik negara. Cinematography cerita ni sangat best dan kemas disamping watak2 semua sangat memainkan peranan.



Ini Antara lagi filem menarik berkaitan virus, wabak dan zombie yang anda boleh tonton:

28 Days Later (2003), 28 Weeks Later” (2007), Carriers(2009), Blindness (2008), World War Z(2013), Cabin Fever (2002)



Semoga terhibur dan mengambil iktibar dari perkongsian penceritaan dalam filem-filem diatas. Kalau ada yang nak kongsikan filem menarik yang anda dah pernah tengok boleh la kongsikan di ruang komen di bawah. Terima kasih!

#stayathome

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here